Hujan
Menikmati kesejukan selepas hujan. |
Jarang-jarang berlaku, hujan membasahi bumi tempat saya berpijak. Bumi Tanta dibasahi titsan rahmat Allah swt di pagi hari ini. Oh terasa malas semacam untuk ke kuliah, namun bila membayangkan wajah ibu dan ayah saya, ternyata kemalasan ini wajib di atasi. Lebih-lebih lagi bila nak dekat musim peperiksaan ini.
Disini ada sesuatu keunikan yang tidak tedapat di Malaysia apabila turunnya hujan, iaitu 'slut' atau 'lumpur'. Lebih-lebih lagi di kawasan tempat tinggal kami. Sejuk satu hal, nak merentasi lumpur untuk ke kuliah satu hal lain pula. Tapi, inilah yang dinamakan cabaran kan?
Bapa Bedah Moden
Kelas pathology bermula, doktor memberikan penyampaian seperti biasa. Sampailah di akhir penyampaian, doktor menunjukkan gambar seorang tokoh dalam bidang perubatan. Awalnya kami merasakan ianya gambar biasa. Namun setelah doktor menerangkan latar belakang tokoh dalam slide tersebut, barulah kami tahu bahawa itu adalah Abu Al-Qasim Al-Zahrawi .
Jadi, saya rasa ingin berkongsi tentang tokoh yang juga digelar "Bapa Bedah Moden".
___________________________________________________________________________
Al-Tasrif |
Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi (lahir 936M, meninggal dunia 1013M), dikenali di Barat dengan gelaran Abulcasis dan dianggap sebagai "Bapa Bedah Moden".
Sumbangan terbesar beliau kepada bidang perubatan ialah kitabnya Al-Tasrif, sebuah ensiklopedia yang mengandungi 30 jilid.
Beliau melopori bidang pembedahan dengan prosedur serta alat-alat pembedahan yang memberi kesan yang kuat bukan sahaja di dunia Timur, tetapi juga di dunia Barat sehinggalah ke zaman sekarang sehinggakan beberapa hasil kajiannya masih digunakan dalam dunia perubatan.
Beberapa alat pembedahan yang dicipta beliau termasuk alat-alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing.
Beliau merupakan ahli perubatan yang pertama yang memerikan kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) dan juga ahli perubatan pertama yang memerikan sifat keturunan penyakit hemofilia.
___________________________________________________________________________
Saya kagum membaca sejarah tokoh ini, lebih-lebih lagi tentang kehebatan beliau mencipta alatan pembedahan, yang hari ini hasil daripada penemuan beliau, kita dapat merasakan faedahnya. Saban hari jika dilihat, akan ada sahaja proses pembedahan dijalankan. Namun, tidak pernah pula terfikir bagaimanakah sejarah penemuan alatan pembedahan yang digunakan di dalam bilik bedah ini ditemui.
Sememangnya, layaklah beliau digelar bapa bedah moden...
Kita juga mampu jadi hebat. |
Motif?
Ramai kita yang hari ini sering menjadikan tokoh barat sebagai idola kita tanpa mengetahui bahawa kita (umat Islam) juga mempunyai ramai tokoh-tokoh perubatan yang gemilang satu masa dahulu seperti Ibn al-Nafis, Ibn Zuhr, dan Muhammad ibn Zakariya. Jadi, mungkin selepas ini, kita yang berada di dalam bidang ini, khasnya yang ada keinginan untuk menjadi pakar dalam bidang pembedahan, menjadikan Al-Zahrawi sebagai salah seorang tokoh idola kita.Dan bila mana kita melihat kehebatan Al-Zahrawi, maka kita juga harus memiliki semangat untuk bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu perubatan, jika tidak mampu menjadi sehebat Al-Zahrawi, sekurang-kurangnya kita boleh menjadi pakar bedah Islam yang hebat kelak. InsyaAllah!
0 comments: