12/09/2013

Kehidupan baru : 3rd Year Medical Student!

Posted by Unknown  |  at  4:59 PM No comments

Kehidupan baru : 3rd Year Medical Student!

Members of Group B, 3rd Year Medical Students
Tanta University.


Assalamualaikum wbt. Lama x berusik blog ni. Actually post ni pun sebab nak bgtaw yang sy dah rasmi menjadi pelajar tahun tiga (3) perubatan di sini. Syukur alhamdulillah! Sesungguhnya berkat rahmat Allah jualah saya dapat kembali ke bumi Mesir untuk meneruskan perjuangan yg tertangguh! Sememangnya hasrat meneruskan pengajian di sini hampir terkubur selepas evakuasi Mesir hari tu. Namun, Allah jodohkan saya dan Mesir untuk kali ini.

Dilema tahun killer


Selalu senior cakap tahun ni adalah tahun killer untuk kitorg. Hhmmm... mgkn betul juga apa yang senior-senior tu cakap. Memang agak rasa tahun ni lebih mencabar dan lebih berat berbanding tahun satu dan dua dahulu. Kalau dulu, memang boleh lah selalu skip kelas, tapi tahun ni... sejam skip, 10 muka surat buku xfaham. Amek kaw! Dokter plak ajar macam jet yang selalu terbang meluncur di langit biru, laju sangat, sampai nak revise tu pun tercungap-cungap. Apapun, ada pesan senior untuk kitorg. They said yang tahun tiga ni bukanlah susah, cuma banyak je. So, kalau x study awal, maka banyak tu lah yang akan jadi susah.

ADAM'S cafe, Tanta

Subjek baru & department baru


Dua tahun kitorg menghadam subjek yang sama, iaitu Anatomy, Physiology, Biochemistry dengan Histology. Tahun ni, kitorg TERPAKSA menghadam subjek baru, yakni Pathology, Pharmacology, Microbiology dan Parasitology. Dalam empat subjek ni, setakat ni saya paling suka Pharma dengan Patho. Microb dengan parasite kurang sikit. Nama pun nak jadi dokter kan. hehe.. Amin.

Subjek baru, depatment pun mesti baru jugak kan. Alhamdulullah tahun ni kitorg dah start belajar pasal penyakit-penyakit dan drugs which is sangat menarik... Baru ade feel as medical student. So, bila dah belajar sal penyakit and parasite bagai ni, one sidenya mmg seronok, but one side lg sense of takut kat semua benda kotor mmg increase... Nampak je benda kotor sikit, terus geli,.. pdhal selama ni xpernah lak rasa geli tgk benda-benda tu semua. Btw, bila lalu department anat tu, teringat lak ammu Sob'ie, penjaga practical lab Anatomy.

Mesir baru


Mesir dulu dah x sama dengan Mesir sekarang. HAHA!
Lawak gak. Tapi Alhamdulillah... one side yg bagusnya, Mesir x jadi seteruk bumi Syria. One side yg kurang bagus lg, Mesir kembali pada zaman asalnya, zaman kegelapan, dan ada yg menyifatkannya lebih teruk berbanding zaman Mubarak dulu. Saban hari melihat rakyat Mesir memperjuangkan "sesuatu" itu. Kami hanya mendoakan semoga tertegak semua kebenaran di Bumi Mesir ini.

Mesir dah aman, x seteruk sebelum ni. Alhamdulillah. Semoga Allah pelihara keamanan di bumi barakah ini. Amin. Harga barang pun dah naik, harga tremco pun!Saban hari dengar cerita Mesir, sampai dah xlarat nak hadam. Nak komen semua pun malas dah pasal Mesir ni, lebih baik kita doakan semoga Allah bantu mereka yang memperjuangkan kebenaran di atas muka bumi Mesir ini khasnya, dan seluruh dunia ini amnya. InsyaAllah!

Tanta ku HIJAU!


Actually tu je kot nak cakap sal kehidupan sebagai NEW 3rd year medical student di sini. InsyaAllah di lain masa, saya update lagi. Sampai jumpa lagi!
__________________________________________________________________________
Desclimer : Tulisan sekadar pedapat peribadi saya, bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Sekadar ingin bermuhasabah.

About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top