12/26/2013

Terharunya bila orang tu tegur.

Posted by Unknown  |  at  10:25 PM No comments

Assalamualaikum wbt. Hari ini nak share something. Mungkin x bermakna pada yang membaca, tapi, jika ada iktibar di situ, maka kutiplah ia dan jikalau ada keburukan di situ, maka jauhilah ia.



Sek sek bakal doktor blaka.. InsyaAllah dengan izin Allah

Potluck

Hari ini kelas sy mengadakan aktiviti bulanan iaitu potluck. Seperti biasa, kami makan-makan, dan selepas tu kami akan bermain permainan ringkas untuk mengeratkan tautan ukhuwah sesama kami.

Kami bermain teka teki dan kertas ucapan. Soal bermain teka-teki, ianya seronok sebab lama x berteka-teki dengan orang. Hehe... Lepas habis bermain teka teki, kami pun bermain permainan kedua. Setiap seorang drpd kami diedarkan kertas untuk kami menulis wish kami kepada ahli kelas sesama kami dan kemudian pass kan kepada rakan di sebelah. 

Alhamdulillah! Rasa bersyukur dan bertuah sangat sebab Allah bagi saya sahabat. Allah bagi saya nikmat merasa nilai persahabatan dalam kalangan kami. Walaupun saya sebelum ni x seakrab bila bersama mereka. Tapi tadi saya rasa nikmat yang Allah berikan tu. Masalah yang bertubi-tubi menusuk rasa bagai terubat bila bersama mereka tadi.

Terima kasih wahai sahabat!

Saya dapati banyak teguran keatas diri saya, dan saya sangat hargai segala teguran yang diberikan ke atas diri saya. Syukurlah, Allah berikan peringatan keatas diri ini dengan cara ni. Sungguh terkesan sangat bila membaca teguran-teguran dari sahabat2x semua tadi. Lepas ni, saya akan tampal kertas ni supaya saya akan selalu ingat tentang diri saya bilamana saya alpa dan leka serta mula riak suatu hari nanti. Terima kasih wahai sahabat!

Sibuk memberikan kalam ucapan sempena midterm!


Kalau boleh, lepas ni nak lagi teguran-teguran dari antummmm semua, InsyaAllah.


Masalah rumah lama

Masalah rumah lama membuatkan saya begitu lari fokus kepada pelajaran saya. Memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah rumah lama. Namun tidak perlulah saya perincikan masalah yang saya hadapi. 
Namun, sememangnya ujian Allah keatas diri ini begitu berat sekali... dek memikirkan mak ayah yang berada di Malaysia yang saban hari keluar mencari rezeki untuk saya. T.T

Hanya saya terkesan bila mana ada seorang hamba Allah yang sanggup datang untuk tolong selesaikan masalah yang saya hadapi. Dengan izin Allah, masalah saya hampir selesai dengan bantuan hamba Allah itu tadi. Mohon doa semoga urusan saya dipermudahkan. 

Apa yang membuatkan saya tersentuh bila mana Allah hantar hamba ini walaupun dia hampir dengan fatrah imtihan, iaitu pada 30.12 ini. Saya x tahu kalau dia ada imtiham. Saya cuma mampu doakan Allah bagi dia kekuatan, dan semnangat untuk berjaya dalam imtihan dia. 

Ibrah 

Dalam hidup seharian kita, ada masa kita akan terus kuat mengharungi masalah yang berlaku dalam kehidupan kita, ada masa kita pasti akan merasa futur saat ujian datang kepada kita. Ada kalam yang mengatakan, "Futur itu nikmat, tapi hanyut dalam kefuturan itu musibah." 

Sekuat mana pun manusia itu, selagi mana di dalam tubuhnya ada seketul daging, maka dia juga akan merasai nikmat dan ujian sebagaimana yang dirasai setiap makhluk bergelar Insan. Sesungguhnya, bagi DIA sangatlah mudah untuk membolak balikkan hati kita. 

.. sungguh saya bersyukur kerana hari ini saya dapat merasakan nikmat dan ujian dalam satu masa. Allah bagi saya rasa nikmatnya bila sahabat tegur diri kita, dan Allah juga bagi ujian dengan masalah sekeliling yang berlaku dalam proda putaran kehidupan kita. Ala kulli hal, semoga Allah pelihara kita semua..Sekadar pesanan dan peringatan bersama. Wallahu'alam.

My paper! Syukran sahabat semua! May Allah bless this ukhuwah!


About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top