All Stories

7/21/2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Setelah sekian lama tidak mengisi ruangan blog ini, hari ini terasa ingin berkongsi beberapa perkara sempena pengumuman result exam tahun 3 Avicenna. Walaupun entry ini sepatutnya telah lama saya publishkan, tetapi saya rasa biarlah result exam keluar dulu, barulah saya kongsikan catatan saya.

Penantian yang membawa 1000 makna

الحمد لله‎ الحمد لله‎ الحمد لله‎, 19 Julai yang lepas, result exam tahun 3 telah selamat dikeluarkan oleh pihak universiti. Setelah hampir 3 minggu lamanya menanti, akhirnya penantian terjawab. Alhamdulillah rata-rata daripada kami ramai yang lulus, tidak kurang yang cemerlang, meskipun ada sahabat-sahabat lain yang diuji Allah untuk mengulang semula paper.

Tahun yang sungguh berat

A good friend will always guide you close to HIM
Kalau ditanyakan kepada abang-abang yang sudah melalui tahun 3, sudah pasti jawapan mereka sama, “tahun 3 ni bukan susah pun, tapi banyak.” Ya, jujur saya katakan tahun 3 sangat berat. Walaupun tahun kami diberikan sedikit sebanyak kelonggaran, namun tetap sahaja masih sukar. Kalau dikenangkan bagaimana mula-mula saya masuk ke tahun 3 dulu, rasa berat sangat, sebabnya sahabat-sahabat yang bersama saya di tahun 1 dan 2 dulu, hampir semuanya tidak bersama saya lagi dek ramai yang mengubah haluan sehinggakan saya terpaksa mencari semula rentak untuk mengekalkan suasana belajar. Sungguh sukar bila seorang demi seorang sahabat baik anda bertukar haluan. Mungkin rezeki mereka di tempat lain. Masa ni, ibu bapalah dorongan terkuat yang saya ada, dan seorang sahabat baik saya yang kerap membantu saya untuk terus kekal fokus dalam pembelajaran.

Bukan jenis orang kaki gred

Sepanjang belajar, dari tahun 1 sampai sekarang, saya tidak pernah mengharapkan dapat gred yang cemerlang. Kalau orang bercerita soal mumtaz, saya cuma akan diam dan tidak pernah bercita-cita mendapat mumtaz. Paling tinggi pun, saya pernah mengharap dapat JJ, di tahun 2 dulu, namun tidak berjaya, dan tahun ni saya cuma target untuk lepas ke tahun 4 sahaja. Kalau boleh saya mahu jadi macam Dr. Azhan, yang mendapat jayyid setiap tahun, tetapi akhirnya beliau berjaya menjadi doktor yang boleh dianggap hebat ketika di alam pekerjaan. Saya cuma berharap saya tidak diuji dengan ulang tahun sepanjang pengajian saya, dan saya boleh tamatkan pengajian ini tepat pada masanya supaya saya boleh meringankan beban keluarga saya. Saya tidak menyalahkan orang yang seringkali melaungkan, “mumtaz!”, tetapi kebanyakkan orang yang tidak melaungkan slogan ini, yang mereka yang hanya berusaha tanpa henti inilah yang saya lihat seringkali MUMTAZ. Jadi, kalau sekadar laungan di bibir mana mungkin akan menjadi. Lebih baik kita berusaha dalam diam!

Seringkali pelik

Seringkali belajar di sini membuat saya hairan dengan suasananya. Sudah 3 tahun di sini, entah mengapa saya rasakan kami di sini seolah-olah sedang bersaing satu sama lain untuk menunjukkan kehebatan masing-masing, saling mengharapkan dari orang lain dan sukar sekali untuk saling memberi dan membantu. Yang hebat, mereka akan terus belajar tanpa menghirau, dan kami yang lemah akan terus mencari dan mengharap. Kadang-kadang saya rasa saya seperti di dalam perlumbaan, saya meninggalkan orang di belakang, dan kemudian saya pula ditinggalkan orang jauh di hadapan. Mungkin cuma saya sorang sahaja yang merasakan ini, atau mungkin mereka selesa dengan budaya seperti ini. Saya cuma mengharapkan suatu hari nanti, kami semua dapat duduk bersama, di mana di hadapan kami buku-buku dan nota-nota, dan diskusi kami rancak tentang ilmu, seperti mana rancaknya saat kami ber’potluck’.

Avicenna Warrior

Kerja persatuan itu bukan penghalang untuk berjaya asal niat kita betul

Sebelum memilih untuk menyambung tahun ke-3 di sini, saya ada mengatakan kepada sahabat baik saya bahawa saya tidak akan menerima apa-apa tawaran untuk menjadi adhoc program kerana ingin fokus untuk tahun 3 ini. Namun yang jadi sebaliknya, program demi program saya terlibat, bermula dari program batch sampai ke program persatuan sehingga satu ketika mana saya menjadi pengarah untuk MTC, sahabat saya sempat memerli saya. Tapi andaian saya pd ketika itu mudah. “kalau hari ini kita bantu orang lain, tidak mustahil esok Allah pula akan bantu kita”. Akhirnya, Allah telah bantu saya dengan mengurniakan kejayaan ini. الحمد لله

Study group

Sebelum ini, saya memang orang yang tidak suka akan ”study group”. Namun tahun 3 saya memilih utnuk mewujudkan study group dengan sahabat-sahabat yang lain, dan kami sedaya upaya menggerakkan study group kami. Sememangnya, rasa seronok belajar dalam kumpulan sebab benda yang diajarkan di kelas, kami dapat ulang semula bersama-sama dan meningkatkan lagi kefahaman kami. Alhamdulillah saya diberikan sahabat-sahabat yang cukup baik meskipun ramai daripada mereka orang-orang berjawatan dalam persatuan, kecuali saya. 

Allah… berakhir tahun killer, dan rasa terbalas semua kepayahan yang dilalui. Berkat doa ibu dan usaha ayah, saya kini melepasi separuh perjalanan. Abagn-abang dan kakak-kakak sangat banyak membantu dari segi pembelajaran. Mereka tidak pernah putus-putus mencurahkan tips dan doa seakan-akan air paip yang sedang mengalir. Sepertinya perjalanan selepas ini mungkin akan lebih sukar, tetapi tidak salah untuk meraikan tahun killer ini terlebih dahulu. Buat sahabat-sahabat yang bakal berdepan ‘dhur’, saya gembira sekiranya dapat berkongsi ilmu. Anything you want me to help, just give me your word.

Oh btw,

Now I’am officially 4th Year Medical Students.

#pray4gaza #pray4MH17 

Now I’am officially 4th Year.

Posted at 2:19 AM |  by Unknown

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top