All Stories

7/26/2012

Assalamualaikum WBT.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (2:286)

Selamat diumumkan keputusan peperiksaan akhir Tahun 1 Perubatan 2011/2012 pada jam 3 petang tadi. Alhamdulillah syukur kupanjatkan kepada Allah swt atas rezeki ini. Allah kurniakan nikmat kejayaan pada diri ini dan lebih berjaya lagi diri sahabat-sahabat lain. Tahniah untuk mereka semua.

Jujur saya katakan di sini, bukan mudah mengharungi detik-detik bermula dari hari peperiksaan hingga ke hari ini, hari result diumumkan. Namun akhirnya terjawab juga penantian sejak sekian lama. Alhamdulillah!

Tahniah sekali lagi buat sahabat-sahabat seperjuanganku yang berjaya dan buat sahabat-sahabat yang kurang berjaya, walaupun hanya mendapat result yang sederhana, bukan bererti diri telah jatuh tersungkur, sebaliknya mesti teruskan usaha lagi. InsyaAllah Allah akan bantu jikalau kita berusaha kerana Allah. Yakinlah yang Allah Maha Mengetahui.

InsyaAllah lepas ni, jom kita muhasabah diri, jadikan apa yang kurang itu sebagai titik perubahan ke arah yang lebih baik  dan fokus untuk subjek tahun 2. InsyaAllah!

If ALLAH bring you to it, He will bring you through it.

Hakikat yang harus diterima, tiap-tiap sesuatu yang dikerjakan itu pasti ada susah senangnya, namun jika segala-galanya dilakukan lillahi taala, mana mungkin Allah akan membiarkan sahaja hambaNYA yang bersungguh-sungguh mengharap kepadaNYA.

If 99.99% there is no chance, then still have 0.01% chance.

Mabrouk buat semua, sama ada yang berjaya atau kurang berjaya, kegagalan bukan suatu pengakhiran melainkan hanyalah suatu permulaan. Selagi mana diri tidak mempersoalkan apa yang Allah berikan, InsyaAllah Allah pasti mengurniakan pengakhiran yang baik untuk kita semua. Jika hati mula meragui ketetapan Allah, ucapkanlah “Astagfirullah”. Semoga Allah melindungi diri dari hasutan syaitan yang direjam. Amin.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Mumtaz mungkin sesuatu yang memang sangat susah untuk dicapai, namun tetap sahaja walaupun ia sukar, ianya tetap tidak mustahil.

"Boleh jadi hari ini MEREKA berjaya di mata manusia yang melihat, namun belum pasti MEREKA berjaya di sisi Allah kelak. Boleh jadi juga MEREKA kurang berjaya pada pandangan sekalian manusia, namun tidak semestinya mereka akan gagal selama-lamanya. Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa hambaNYA yang benar-benar berjaya di sisiknya dan yang akan memperoleh kejayaan di akhirat kelak."

Natijah Imtihan MEDIC Tahun 1, "Alhamdulillah Ala Kulli Hal."

Posted at 6:44 PM |  by Unknown

0 comments:

7/07/2012

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillahi Rabbil Alamin.

Syukur kepada Allah kerana berakhir sudah musim peperiksaan akhir tahun 1 Universiti Tanta. Segala usaha telah dicurahkan, dan kini hanya menantikan hasil dari usaha sepanjang peperiksaan. Sejujujurnya, diri ini tidak menjangkakan apa-apa melainkan hanya bertawakkal dan biarlah Allah menentukan natijah dari usaha ana dan juga sahabat-sahabat perjuangan ana semua.

Semalam, pada 6/7/2012 aku dan memberku yang lain telah pergi ke Kaherah, menemani mereka membeli ole-ole buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia. Kebetulan, pasar tamu jualan yang mereka ingin pergi berdekatan sahaja dengan masjid Al-Azhar, jadi aku pun ikutlah bersama mereka ke kaherah sekaligus niat ingin berslat jumaat di sana.

Bertolak menaiki kereta api dari Tanta seawal pukul 8 pagi dan Alhamdulillah selamat tiba di Kaherah pukul 9.15 pagi, kami yang tidak tahu arah ke masjid Al-Azhar mencuba sedaya upaya berikteraksi dengan orang ramai sehingga akhirnya sampai ke masjid azhar. 

(ROUTE : RAMSIS-ATTABA by METRO, ATTABA-AZHAR by TREMCO)

Tiba di Azhar, kami mengisi perut membeli roti dan makan di perkarangan Masjid Al-Hussain sebelum ke Masjid Al-Azhar untuk menunaikan solat jumaat di sana. Ana baru pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Al-Azhar walaupun setelah sekian lama menyimpan niat untuk ke sana. :)

Melihat kepada reka bentuk Masjid Al-Hussain, saya terpegun. Masjid yang mempunyai payung sama seperti Masjid Nabawi, dan masjid ini sejak awal lagi sudah dibanjiri oleh warga mesir untuk bersolat jumaat di sini. Mungkin anatara sebab utama ialah masjid ini berhampiran dengan kawasan tamu Hussain, sama seperti Masjid Badawi, Tanta.

Sebenarnya, Masjid Al-Hussain ini pernah menjadi masjid negara bagi MESIR sebelum lokasinya dipindahkan ke Masjid An-Nur di Abbasiyah yang mana kekal hingga sekarang. Melihat keunikan seni binanya, saya berasa amat kagum.

Namun sayangnya saya tidak sempat memasuki masjid ini. InsyaAllah jikalau berkesempatan, lain waktu boleh masuk ke dalam masjid ini untuk melihat apa yang ada di dalam masjid ini.

Masjid Al-Azhar merupakan masjid yang penuh dengan sejarah. Kedudukan masji ini bersebelahan dengan universiti Al-Azhar, universiti tertua di dunia. Masjid ini juga tidak pernah putus dengan pengajian yang disampaikan sendiri oleh para ulama syeikul Al-Azhar. Subhanallah.

Sewaktu tiba di perkarangan masjid Al-Azhar ini, ternyata masjid ini masih belum dipenuhi orang, tidak seperti masjid Al-Hussain yang sejak sebelum masuk zuhur lagi orang telah memenuhi ruang dalam masjid. Selepas mengambil wuduk di kawasan perkarangan luar masjid, saya dan sahabat-sahabat saya berjalan memasuki ruang solat masjid, dan saya dapat merasakan masjid ini sangat sejuk, walaupun di luar masjid memang rasa bahang terik matahari. 

Tersenyum diri ini sejurus masuk ke dalam masjid ini, rasa sangat bersyukur dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Bagi pelajar Al-Azhar, masjid ini mungkin tidak asing lagi bagi mereka. ;) Seterusnya, nak masuk waktu zuhur, masjid ini bergema dengan bacaan ayat suci al-quran dari salah seorang syeikhul Universiti Al-Azhar. Subhanallah, mendengarkan syeikh bertaranum, hati memang rasa semacam. Subhanallah! Kemudian sesi khutbah jumaat, masyaAllah, sekali lagi hati terpaku kerana ketinggian bahasa arab yang syeikhul gunakan, dan rasanya sangat sekejap khutbah yang syeikh sampaikan, meskipun masa sudah kian berlalu.  

Selepas bersolat jumaat, bermula lah kisah memborong. Sahabat-sahabat semua sibuk mencari, memilih dan membeli (3M) bermacam-macam ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia. Tahun ini, saya tidak pulang ke Malaysia, jadi sy hanya ikut menemani sahabat-sahabat lain memborong ole-oleh buah tangan mereka. Saya tidak dapat memborong seperti mereka, hanya dapat membeli shelai jubah untuk dipakai semasa hari raya nanti dan juga sehelai baju biasa. :)

Semasa duduk di hadapan Masjid Al-Hussain menunggu sahabat-sahabat lain selesai memborong, sempat melihat seorang Syeikul Al-Azhar diiringi beberapa orang lalu betul-betul di hadapan kami, tapi... tidak pula terlintas untuk mengambil gambar bersama syeikh. Lagipun, syeikh nampak tergesa-gesa. Melihat seorang yang mengiringi syeikh cuba mengambil kitab dari tangan syeikh untuk membantu membawa kitab itu, namun syeikh tidak melepaskan kitab itu. MasyaAllah.... Tawaduk sungguh ulama itu.

Setelah 3M selesai, kami kembali ke Tanta dengan tremco, sebabnya lambat lagi nak train malam. Letih, penat namun puas. :) InsyaAllah tahun hadapan giliran saya pula untuk memborong. hehe... :)

Hayati sepotong hadis berikut,

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
- H.R Muslim

Keunikan Masjid Al-Hussain dan pengalaman pertama kali solat di Masjid Al-Azhar.

Posted at 8:25 AM |  by Unknown

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top