All Stories

5/24/2012

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Al-Imran : 169)

Titisan darah itu
Menitik jatuh dari tubuh para syuhadah
Menjadi titisan darah keagungan
Lambang suatu perjuangan menentang kezaliman

Titisan darah itu
Meskipun mengalir membasahi bumi
Hingga menjadi seluas lautan merah
Namun perjuangan masih tetap perlu diteruskan

Titisan darah itu
Tidak pernah berhenti melaungkan kalimat Allah
Yakin akan pertolongan yang akan datang dari Azza Wajalla
Meski mereka tidak pernah tahu kapan tibanya pertolongan itu

Titisan darah itu
Tidak akan pernah berhenti
Meski kudrat sudah tidak berdaya lagi
Meski tubuh lemah tiada bertenaga
dan Meski tulang-temulang hancur,
Namun Bibir tetap saja tidak berhenti melafaskan laungan takbir

Titisan darah itu,
Tidak akan pernah kering
Selagi kemenangan masih belum dimiliki
Selagi KEBEBASAN masih dirantai KEZALIMAN

Titisan darah itu
Lambang ketinggian darjat syuhadah
Demi membebaskan tanah air bumi tercinta
Dari CENGKAMAN KEZALIMAN SANG LAKNATULLAH

Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))

Puisi : Titisan Darah Syuhadah SYIRIA

Posted at 12:00 PM |  by Unknown

0 comments:

5/23/2012

Assalamualaikum WBT.

Berikut saya nak kongsikan sebab kenapa ramai pelajar dari Malaysia bertandang ke bumi anbia, Mesir untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

1. Kouta untuk bidang perubatan di Malaysia terlalu sedikit
Sepertimana yang kita semua maklum, kuota bagi pelajar perubatan di Malaysia sangat terhad sedangkan lepasan SPM/A -Level/ Program Matrikulasi yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 adalah tersangat ramai. Pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang sebegini rata-ratanya memang ingin mengambil jurusan perubatan di institusi awam di Malaysia. Namun, mereka gagal mendapat tempat dan akhirnya memilih Mesir sebagai destinasi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

2. Universiti Mesir diiktiraf JPA/MARA
Salah satu keistimewaan fakulti perubatan universiti-universiti Mesir ini adalah ianya diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mahupun Majlis Amanah Rakyat ( MARA ). Hampir saban tahun, JPA dan MARA akan menghantar sebilangan pelajar Malaysia ke universiti Mesir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Oleh itu, terbuktilah negara Mesir merupakan salah satu negara yang amat baik dalam bidang perubatan.

3. Kos pengajian di Mesir jauh lebih murah 
Kalau nak dibandingkan dengan kos mengambil jurusan perubatan di institusi swasta dalam negara, mahupun negara luar selain Mesi, ternyata memang Mesir jauh lebih murah kos pengajian perubatannya. Sebagai contoh, kos pengajian keseluruhan termasuk kos sara hidup selama 6 tahun di Mesir hanya memakan belanja kurang dari RM250,000 bagi seorang pelajar, manakala kos pengajian perubatan keseluruhan dengan TIDAK termasuk kos sara hidup di Malaysia sahaja berjumlah RM300,000 bagi seorang pelajar.

4. Sistem Pembelajaran jauh lebih baik 
Apa yang dimaksudkan dengan penyataan di atas bukanlah perbandingan dengan IPTA/IPTS di Malaysia, tetapi ianya dimaksudkan dengan perbandingan dengan negara Rusia. Kos pengajian perubatan di Rusia berjumlah RM200.000 tidak termasuk sara hidup ( sumber dari sahabat di Rusia ), namun sistem pembelajaran di sana agak ketinggalan berbanding Mesir. Contohnya, pelajar perubatan di Mesir kini menggunakan sistem e-learning sedangkan pelajar perubatan di Rusia masih menggunakan papan hitam.

5. Impian sejak kecil
Bercakap tentang impian, rasanya semua sudah arif mengenai apa yang dimaksudkan dengan impian. Sejak dari kecil, kita sering didedahkan dengan pekerjaan mulia ini sehinggalah tersemat impian untuk menjadi seorang pengamal perubatan. Oleh itu, kita pun belajar bersungguh-sungguh demi untuk mengejar impian dan cita-cita untuk memasuki bidang perubatan.

6. Ingin menjadi doktor Muslim
Bidang tugas seorang doktor bukan sahaja untuk merawat pesakit semata-mata, tetapi jauh lebih dari itu. Kini, zaman ini, doktor juga memegang peranan yang amat besar, khusunya dalam penyebaran dakwah. Sebagai analogi mudah, kalau pesakit berjumpa seorang dokter untuk melakukan pemeriksaan, pesakit tersebut akan mengikut segala perintah yang diarahkan dokter kepada beliau, dalam erti kata lain, pesakit mempercayai dokter jauh lebih pesakit mempercayai didinya sendiri. Lihat dan nilai sejauh mana besarnya pengaruh seorang doktor kepada pesakit. Inilah sebabnya mengapa perlunya doktor Muslim. Kita mungkin sudah mempunyai ramai tenaga doktor, namun, adakah kita memunyai bilangan tenagan doktor Muslim yang mencukupi?

7. Mendalami Ilmu agama
Mesir adalah bumi anbia, bumi para nabi. Di sinilah juga bermulanya penyebaran agama Islam suatu ketika dahulu. Selain tamadun Mesir Purbaa yang banyak meninggalkan kesan sejarah, Mesir juga adalah tempat di mana Islam bertapak dan berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Oleh itu, amatlah rugi jika kunjungan ke Mesir tidak disertai dengan niat untuk mendalami Ilmu agama di sini. Terdapat ramai syeikh dan ulama Mesir yang boleh dijadikan tempat sandaran untuk mendapat ilmu agama daripada mereka. Ingatlah, Ilmu dunia hanya dapat membimbing kita di dunia, namun Ilmu agama akan membimbing kita di dunia dan akhirat.

Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya dan diri pembaca. Wallahu'alam.

Tips : 7 sebab kenapa mahu study MEDIC di Mesir?

Posted at 2:45 PM |  by Unknown

1 comments:

5/02/2012

Assalamualaikum WBT.

Saya cuma ingin berkongsi sedikit komen yang dilontarkan DR. Azzad kepada Aku.

Kalau berusaha pasti saja boleh!

Saya teringat suatu ketika dulu bila m.cik aku tanya aku aku nak sambung bidang mana selepas habis SPM, sedang aku mau menjawab, abang sedara aku dah tolong jawabkan.

" Sambung di Rusia. Jadi DR. la kan mat? "

tu boleh lagi saya tahan. tapi yang ni....

" Budak MRSM hebat-hebat kan? Apa lagi mat, aim MEDIC la terus. "

dalam hatiku, " Hebat la sangat. " belajar kat dalam MRSM tu pun saya dah tercungap-cungap, ni nak ambil MEDIC? tobat3x.....

------------------------------------------

Kini, saya berada di sebuah Sekolah Perubatan Timur Tengah, yang tidak pernah saya impikan.

Berbekalkan harapan seluruh keluarga dan sahabat-sahabatku, saya hanya menanam azam untuk membantu agama, bangsa dan masyarakat negeri ku, Sabah sepulangnya saya di tanah air. 

Andai ditakdirkan menjadi seorang DR, maka dapatlah saya mencurahkan bakti.

Semoga jalan yang sangat-sangat panjang ini dapat ku tempuhi dan ku telusuri... Amin.

Doa yang baik selalu 'MAKBUL'

Posted at 8:46 PM |  by Unknown

0 comments:

5/01/2012

Assalamualaikum WBT.

Pada 30 April 2012, pihak pengurusan universiti saya telah mengaturkan satu program rehlah khas untuk pelajar-pelajar tahun 1 perubatan. Pada rehlah kali ini, kami ditawarkan ke taman tema istimewa iaitu Dreampark yang terletak di Kaherah. Program rehlah ini diadakan khas sempena Final Examination yang dijaualkan akan berlangsung pada 02 Mei 2012.

Ukhuwah itu terasa indah seindah pelangi,
andai dijalinkan kerana Allah SWT

"Tak rasa pelik ke? exam dah dekat, tapi sempat pula pihak universiti saya ni suruh budak-budak medic diorang enjoy. Apa x takut ke kalau student x study nanti?"

Laa... Sebenarnya, rehlah ni diadakan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar sempena peperiksaan akhir yang hampir tiba ni, di samping ada beberapa objektid dan tujuan lain di sebalik program ni.

Seperti yang tercatat dalam tentatif, iaitu bermula 7.30 pagi, rombongan kami telah pun berkumpul di hadapan fakulti perubatan menanti bas yang akan membawa kami. But, at last, pukul 9 juga baru kami mula bertolak dari Tanta. Saya ingatkan, janji melayu paling teruk, rupanya janji arab lagi lebih "terbaekk."

Perjalanan ke Kaherah mengambil masa lebih kurang dua setengah jam dan akhirnya kami selamat tiba di Dreampark lebih kurang pukul 11.30 pagi. Ketika turun dari bas, memang terasa bahang matahari yang panas semacam, & selepas urusan mendapatkan tiket percuma dari musyrif khas program kitorang, kami dibenarkan masuk ke dalam tempat tu dengan pelepasan untuk berada kat dalam park tu sehingga pukul 3.00 petang.

" Jom main tu? Jom main ni? Jom main itu ini. " hahaha... Rasa nak main semua benda je dalam tu.

Kalau korang nak tahu, Dreampark ni merupakan taman tema "TERBESAR" di benua Afrika ni. So, boleh la bayangkan betapa besar dan luasnya tempat ni. Dreampark ini dibina di atas padang pasir yang sangat luas. Lokasinya juga agak jauh dari bandar utama Kaherah.

Memang lama lah main dalam tu. Tapi sayangnya saya hanya sempat naik dua permainan ekstreme ja termasukla roller coaster! ( Impian memang nak naik roller coaster ni sejak kecik lagi. ) Sebab lepas naik dua benda alah tu... nah! mula dah rasa nak pitam dan loya nak muntah.

Tapi, rugi jugakla actually bila pergi tapi just main dua permainan ekstrem jerrr, tak macho sungguh. >.<

Actually banyak benda aku main, tapi semua permainan under 18. Malu nak citer...

Rasa macam berada kat overseas je

Dalam pukul 4.30, kitorg kemudian bertolak menuju ARABIA MALL, Mall yang saaaaaaaangat besar! Sebelum ni Mall paling besar yang saya pernah masuk kalau di Malaysia pun cuma setakal Mid Valley jerr.

Sambil-sambil dalam perjalanan ke Arabia Mall tu, kami disajikan dengan makanan Seafood dari Mo'men. Alhamdulillah rezeki dapat makan free. Sedap! Tapi waktu dalam bas tu, saya x lah makan seafood yang saya dapat time tu. Simpan sebagai bekalan, sebab masih kenyang lagi masa tu, kot. ;D

Setibanya di Arabia Mall, pupil mata membesar sebesar-besarnya melihat angka [24].

" Ada 24 pintu?! Biar betol?!!!!! "

Kalau nak tahu? ARABIA MALL ada sebanyak 24 pintu yang mengelilingi pusat membeli belah yang sangat besar ni. Sebabnya, Mall ni x dibina bertingkat, so, bayangkanlah betapa makan spacenya (besar sangat!) Mall ni. Saya yang jalan dalam mall besar ni pun, dapat cover just separuh kawasan jerr, n even dapat jalan half of the mall only, tapi rasa hampir tercabut kaki ne.

Solat itu penghubung antara kita dengan Sang Pencipta,
Maka Tunaikanlah Solat walau di mana kita berada.

Actually, mall ni sama sahaja seperti City Star dekat Kaherah, tempat yang palin famous dekat Kaherah, dan barang semua barang yang branded and mahal, so, duit pun dah banyak habis derman kat Dreampark tadi, hanya makanan sahajalah yang mampu di beli. Tapi, Alhamdulillah dapat makan sampai kenyang sangat! By 8PM, kami bertolak balik ke Tanta.

----------------------------------------------------------

Satu pengalaman yang bagi saya amat menyeronokkan.

Ukhuwah pun dapat dieratkan sesama pelajar tahun 1. Selama ni kitorg sesama tahun sendiri pun ada yang masih x kenal antara satu sama lain.

So, anda janganlah lepaskan peluang kalau universiti anda buat program-program sebegini. Rugi tau x join aktiviti sebegini. Memanglah kalau tengok secara kasarnya, pergi enjoy tu xde faedah kan? Tapi, try to think it at +ve side, everything InsyaAllah will be fine.

Jangan fikir benda ni memudaratkan, tapi fikir benda ni ada sesuatu yang ada hikmah tersirat di sebaliknya, baru akan rasa something yang bermakna dalam kehidupan anda. Study-study juga, tapi tiada salahnya keluar sekali sekala untuk melepaskan kepenatan study, kan?

Kalau pergi program-program camni, x semestinya anda x'kan dapat jawab Exam nanti kan? Hakikatnya, itu semua urusan Allah.

Sestruggle mana pun korang belajar, semuanya tetap terletak di tangan Allah. Bukan Ana nak cakap usaha tu x menjamin apa-apa, tapi setidak-tidaknya, hiduplah sebagai manusia, bukan sebagai hamba exam lol!

Rehlah gamaah 1st Year, Dreampark maree!

Posted at 2:03 AM |  by Unknown

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top