12/24/2013

Ada sesuatu di situ.

Posted by Unknown  |  at  7:38 PM No comments


Bumi Tanta tercinta

Awal kisah


Kelas pathology hari ini dijadualakan pd 12.30-2.30 ptg. Dan seperti biasa, doktor pun akhirnya masuklah ke kelas kami untuk menyampaikan ilmu. Tajuk yang akan diajar kepada kami hari ini ialah sambungan daripada tajuk neoplasm, atau 'tumor', ataupun bahasa kita, ia disebut ketumbuhan.

Mula-mula je doktor tu nak mengajar, dia bgtaw kami yang dia akan habis lewat sedikit berikutan dia mula lewat. Dia kata dia baru lepas solat, dan disebabkan itu dia lambat. Kemudian dia pun mengajar kami tajuk tersebut.

Soalan pertama, 'what is neoplasm?' kedua, how neoplasm are classified?' ok soalan ni berjaya di'takle' dengan mudah, sebab dah kali ketiga doktor yang sama bertanyakan soalan ini. Kemudian doktor ni masuk dalam sikit, dan mulalah kami tersangkut-sangkut menjawab pertanyaan doktor.

Then, doktor kata apa? Doktor kata camni,

"If you not good in study of Neoplasm, you will not be a good doctor."

Sentap! Memang betul apa cakap doktor. Hatta bukan pasal 'tumor' ni je, tapi semua benda penting. Saya sekadar mengangguk dan menyimpan kata-kata doktor itu dalam memori otak saya. Memang betul, boleh kata banyak kali kita mendengar pasal 'tumor' ini. So, rugi kalau ntak dapat nak cope betul-betul tajuk ni.

My husband


Sedang doktor rancak memberi penerangan, kemudian di penghujung slide yang ditayangkan di hadapan, ada sekeping gambar terpapar di slide tersebut. Doktor kata,

"That is my child with my husband" Ohhh... ok. Reaksi saya ketika itu pelik kerana melihat sosok lelaki dalam gambar tersebut. Dalam hati cakap, "Siapa lak dalam gambar ni," Kemudian doktor sambung lagi,

"My husband now arrested by the police during the coupe"... Masa ni memang terkejut sangatlah dengar doktor cakap macam ni.

Kenapa terkejut? Sebab doktor mengajar seolah-olah sama seperti doktor-doktor lain.
Doktor mengajar bahkan lebih baik dari doktor-doktor lain yang mengajar kami.
Doktor ni siap boleh cakap, nak beri hadiah siapa yang jawab soalan-soalannya.
Bila tengok doktor, macam biasa je. Wajahnya langsung x menggambarkan kesedihannya.
Tapi siapa sangka doktor yang mengajar kitorang hari ni rupanya sedang menanti suaminya dibebaskan.

Seterusnya doktor meminta kami mendoakan agar suami beliau dibebaskan.

Ada lagi


Kemudian doktor menyambung semula sesi pembelajaran bersama kami. dan di akhir slide lagi, terpapar dua wajah lelaki, berbeza dar lelaki tadi. Kemudian doktor kata,

"These are two of your collegue that was arrested by the coupe police also. Please pray for them also."

Allahuakhbar. Seorang doktor boleh meletakkan gambar pelajarnya di dalam slide sewaktu mengajar? Kalau seorang pelajar letak gambar seorang guru, biasa lagi, kan? Kalau seorang guru letak gambar anak muridnya???


Selalunya, bila kelas tengah hari waktu camni, kami akan cepat 'exhauted' mendengar doktor mengajar. Dua jam bukan tempoh yang singkat. Tapi, seingat saya, inilah kali pertama selama saya berada di tahun tiga yang mana saya x merasa penat bila doktor mengajar, sampaikan kelas kami boleh habis lebih dari masa yang sepatutnya. Mungkin ianya perkara biasa bagi sesetengah orang, namun, sepertinya ada sesuatu yang Allah berikan pada doktor ini sehinggakan apa yang diajarinya, dapat difahami oleh kami semua.

Allah memberikan kesedihan, tapi Allah juga memberikan ketabahan!

About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top