12/21/2013

Oh, macam tu ke?

Posted by Unknown  |  at  8:45 PM No comments

Prepare for pathology quiz!

Mana Dr. W


Jadual hari ni, 2 jam pharmacology lecture, dan 2 jam pathology lecture. Hmm... hari ni lah yang agak memenatkan otak saya sebenarnya, sebab nak concentrate lecture selama 4 jam non stop ni memang perkara yang berat pada diri saya.

Dr. W tak kelihatan meskipun waktu sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Memang sebelum ni tak pernah Dr.W selewat ini. "Tak mengapa, mungkin kejap lagi masuklah tu." Tidak lama selepas itu, masuk seorang prof yang mana beliau memberitahu kelas yang beliau akan menggantikan Dr. W untuk hari ini. Oh no...


Best juga pengganti Dr. W


Sesi kelas pun bermula dan doktor yang menggantikan Dr. W tidak kurang hebat juga. Gaya beliau menerangkan subjek tentang 'Migraine Headache' juga sangat memudahkan saya untuk faham. Selang dalam lecture beliau, beliau seringkali menyoal makna 'term-term' yang penting. Setiap kali kami x dpt berikan jawapan, beliau akan cakap, "Did Dr. W tell you this?" atau... "Oh, I'll tell him you don't know this." Saya seperti kawan-kawan lain, senyap memanjang...

Sungguh rancak doktor mengajar di depan, dan saya hanya dpt menyalin dengan mengambil point-point penting apa yang dikatakan oleh doktor tu. Tidak sempat nak salin semua isi yang doktor tu sebut disebabkan beliau mengajar dengan cepat. Lepas conteng penuh papan putih, beliau kemudian terang kejap, dan padam, dan begitulah seterusnya.

Satu ketika semasa doktor mengajar tentang 'kinetic of a drug' tu kalau x silap, dia pun berhenti kejap, dan menyoal kami, "What important to know all of this drug?" and of course la sebab nak treat patient kan? Then he tell us something that make me think. :-

Doktor pesan


"Pharma is something that you must bring along your life as a doctor. You can't leave pharmacology behind you. Although if you finished your study at this medical college, then you become a doctor, you must not leave this knowledge... " ok faham! I got what you said doctor... ingatkan sampai situ je doctor nak cakap.

Tapi he continue little bit more. What he said, "And... remember this. When you become a medical practioner, you will treat the patient right? Then, you must treat the patient as a whole. Not when he said only part of his body, then you leave another part. No! You must treat the whole body of your patient... You must ask history from him, if he had liver problem, kidney problem or any else before you start any treatment. You must check the drug before you give to your patient. If your patient had liver disease, you musn't give drug that contraindicated in his case... and... it is not even a shame if you open your book and read before you give any drug to your patient.! It is shame if you just give your patient drug without even know his history. Ok?!!"

saya mengangguk tanda faham apa yang doktor cuba terangkan dengan kitorang...

"OK enough here... I know after this class, you will go back home, and then you forget again what I said."

Oh, macam tu ke?...
-----------------------------------------------------------------------------(end story)

Pentingnya each point

Belajar subjek tahun tiga ni memang mencabar... Each point yang doktor terangkan kena betul-betul faham, otherwise, memang lepas ni xfaham macam tu je lah.. Nak jumpa doktor, memang malas dah. Hmmm... teruk betul diri ni. Sebenarnya masih mencari rentak untuk belajar subjek tahun tiga ni, sebab memang sangat berbeza tahun ni dengan tahun satu dan dua, bukan shj dr subjek barunya, tapi juga mode pembelajaran tahun ni turut bebrbeza sedikit. Moga sy dapat menemukan teknik untuk menguasai subjek tahun tiga ni, Amin.

Sekian sahaja perkongsian untuk kisah kali ini. Semoga dapat sesuatu drpd perkongsian ini, InsyaAllah. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum wbt.


View from prayer room

About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top