4/26/2012

Kisah Lepas SPM

Posted by Unknown  |  at  10:44 PM 3 comments


Assalamualaikum WBT.

Merekalah pelita yang menerangiku di kala ku kegelapan.
( Majlis Graduasi MRSM Tawau 2010 )

" Aku nak jadi juruterbang. " bisikku.

Sejak kecil itulah cita-cita ku. Tanpa berfikir panjang, aku menghubungi ibuku dan memberitahu bahawa aku ingin memasuki sekolah penerbangan.

" Kau dah fikir masak-masak ke mat? " Tanya ibuku.

" Dah mak. " Balasku ringkas kepada soalan Ibuku.

" Kalau begitu, nanti mak bincang dengan ayahmu. "

Setelah mendengar kata-kata ibuku, hatiku terus keriangan. Rasa gembira apabila mendapat tahu ibuku menyebelahiku.

Komputer di hadapanku terus ku capai dan ku klik alamat laman web kolej penerbangan APFT ( Asia Pacific Flight Training ). Di laman tersebut disediakan satu borang permohonan online untuk sesiapa yang berminat memasuki kolej penerbangan tersebut. Setelah meneliti syarat-syarat kemasukan, aku mengisi borang tersebut dan permohonanku berjaya diterima oleh pihak pengurusan APFT.

Masa berlalu begitu cepat,
Sehingga aku seringkali menyesal kehilangan masa berharga itu.


Keesokan harinya, ibuku menghubungiku dan memberitahu bahawa ayahku membenarkan ku memasuki sekolah penerbangan tersebut.

" Tapi, dari mana akau nak dapatkan duit sebanyak RM200,000.00 untuk pembiayaan pengajianku nanti. " Bisikku.

" Ah! Pinjaman bank kan ada. " Bisikku lagi.

Aku pun nekad meneruskan apa yang telah aku usahakan selama ini.

Seminggu setelah itu, aku mendapat panggilan dari salah seorang pegawai APFT.

" Hello, Ini Mohamad Jeffrey Ismail ke? "

" Ya saya?  Siapa ni? "

" Saya pegawai dari APFT. telah menerima permohonan kamu minggu lepas, dan telah meneliti permohanan tersebut. Sukacita dimaklumkan bahawa En. Mohamad Jeffrey LAYAK memasuki kolej penerbangan kami. Sila laporkan diri En. pada ....... "

Selepas daripada itu, aku menerima surat tawaran yang di kirim ke emel ku.

Di dalam surat tawaran tersebut, tercatat satu angka yang amat besar, RM200 000.00

" MasyaAllah, mahalnya. Ini baru kos pengajian sahaja, tidak termasuk kos sara hidup di sana lagi. "

Aku termenung sepanjang malam sambil memikirkan adakah jalan ini yang harus ku pilih? atau adakah jalan lain yang boleh ku pertimbangkan.

" Kalau aku tolak tawaran ini, aku nak pilih kerjaya apa? "

Dengan tidak semena-mena, tiba- tiba aku tergambar wajah seorang doktor.

" Ah! Mustahil. " Bisikku sendiri.

Aku mula buntu mencari jawapan. Aku tidak mahu mnenyusahkan ibu dan ayahku sekiranya aku benar-benar ingin meneruskan impianku.

Tapi, aku juga tidak tahu adakah bidang lain yang layak untukku ceburi sekiranya aku menolak tawaran ini...

Keesokan paginya, aku dihubungi oleh sesorang,

" Assalamualaikum, ini Mohammad Jeffrey ke? "

" Walaikumsalam. Ya saya? Siapa ni? "

" Begini, bebrapa hari yang lalu, jeff ada isi borang nak sambung pengajian di MESIR kan? "

" Urrmm... Ya? knp dengan borang tu? " tanyaku bimbang.

" Jeff betul-betul berminat nak belajar kat MESIR ke? "

" Urmmm... Tak pasti la juga encik. Sebab keputusan UPU  tak keluar lagi kan. So, sy x boleh bagi keputusan buat masa sekarang ni. Mungkin setelah keputusan UPU keluar, sy mungkin boleh beri jawapan kepada encik. "

" Takpe. Begini jeff, kalau mengikut keputusan SPM jeff ni, jeff layak untuk belajar di MESIR. Beginilah, kalau nanti jeff dah bincang dengan mak ayah jeff, dan jeff dah buat keputusan nak pergi MESIR juga, nanti kol p.cik k? P.cik nak hantar jeff ke Universiti Al-Azhar kalau jeff nak. "

Aku kaku seketika bila mendengar perkataan Universiti Al-Azhar.

" Al-Azhar? " bisikku.

" Hello jeff? hello... "

" Ya p.cik. InsyaAllah nanti sy bincang dulu dengan keluarga sy ye? "

Terngiang-ngiang di kepalaku adengan filem Ketika Cinta Bertasbih sambil membayangkan kemegahan Universiti Al-Azhar, salah satu Universiti terunggul Islam di dunia ini.

Kami budak MEDIC Tanta, Mesir


Filem tersebut mejadi salah satu filem kegemaranku kerana konsep ceritanya yang menggambarkan keindahan rupa Islam di samping mesej-mesej yang begitu banyak disampaikan buat penonton filem tersebut.

Setelah puas mengelamun, aku kembali buntu. Masih tercari-cari jawapan semalam. Aku cuba ketepikan MEDIC dan tumpukan kembali kepada cita-cita asalku. Namun aku masih sahaja tetap buntu mencari kepastian. Aku berikhtiar untuk melakukan solat istikharah untuk memohon petunjuk Allah SWT.

Sedar x sedar, 3 minggu telah berlalu. Aku tetap sahaja gagal mendapat apa-apa petunjuk.

Hari ini keputusan UPU bakal diumumkan dan aku bertambah risau. Aku menjangkakan bahawa aku bakal berhadapan dengan satu lagi masalah. Namun, aku cuba mengetepikan perasaan gementar dan gusar yang aku rasai.

" TAHNIAH! Permohonan anda berjaya. "
PROGRAM : ASASI SAINS UNIMAS.

Melihat kepada paparan skrin komputer di hadapanku, aku terus tersenyum. Di dalam hati, aku memanjat kesyukuran kepada Allah SWT kerana keputusan UPU keluar seperti jangkaan ku. Aku berjaya! Penantian ku selama ini tidak sia-sia. Alhamdulillah.

-------------------------------------------------

" Betul kah ni mat? "

" Betul la mak. kalau ambil UPU, sama ja kan mak. Kalau ambil setahun asasi, belum tentu boleh dapat MEDIC. Lebih baik kalau terus sambung dalam bidang MEDIC, kan mak? "

" Jadi, kau betul-betul lah mahu jadi doktor ni mat? "

" Ya mak. InsyaAllah. "

Itulah keputusan terakhirku. Aku bertawakkal kepada Allah dengan keputusan ku.

Melihat wajah ibu adan ayahku yang tersenyum gembira dengan keputusanku, aku rasa seakan-akan aku telah memberi mereka satu sinar kebahagiaan.

Aku tahu inilah yang mereka harapkan selama ini.

Aku terimbau kembali kata-kata seorang guru di sekolah lamaku. Katanya,

" Minat boleh dipupuk. "

Ya! Memang aku tidak minat kepada MEDIC sepenuhnya. Tapi bukan bermakna aku tidak boleh belajar meminati MEDIC bukan?

-THE END-

M.O.S


1. Istikharah la dalam hal yang memerlukan dirimu membuat sesuatu keputusan agar Allah mengurniakan jalan dan petunjuk kepadamu.

Daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.

2. Sesudah beristikharah, bertawakkal lah kepada Allah dengan sebenar benar tawakkal iaitu menyerahkan segala-gala urusan hanya kepada Allah SWT.

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.” (Al-Imran : 159)

3. Bersabarlah dalam menghadapi apa juga permasalah dalam hidupmu. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan agar kau tidak akan menyesal di kemudian hari.

4. Bersiap sedialah menerima sebarang kemungkian yang bakal kau hadapi dan sentiasalah memohon pertolongan dari Allah SWT.

5. Bukan semua yang kita inginkan boleh kita miliki. Adakalanya kita perlu berkorban demi melihat kebahagiaan orang yang kita sayang.

Ðaripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya ada satu pokok yang tidak gugur daunnya dan ia adalah perumpamaan bagi seorang Mukmin.” 
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Pohon kurma Universiti Tanta


About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

3 comments:

  1. Pohon Kurma tu kan macam pokok kelapa. HEHE

    ReplyDelete
  2. I cried reading this entry.I could know how Allah gave you the guidance. Allah's guidance was never wrong and i want to be a doctor too :') Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran. InsyaAllah apapun yang Allah tntukan, pasti adalah hikmahnya. Semoga kelak mdapat mencapai impian dan cita-cita, walau apapun ia. :D

      Delete

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top