Assalamualaikum WBT.
Sejak akhir-akhir ini, saya semakin rasa berat untuk menelaah buku.
Kerja apa juga sebenarnya yang buat sampai boleh rasa malas ni?
(jeng jeng jeng....)
(jeng jeng jeng....)
Menelaah PES |
Tapi xpela, malam ne saya maw coret sikit tentang perbandingan II kisah berlainan untuk renungan kita bersama :
KISAH 1
Hisham merupakan seorang pelajar yang amat tekun. Setiap masa yang berlalu dihabiskan dengan buku-buku perubatannya. Bila Hisyam keluar rumah, mesti akan ada sebuah dua buku di tangan. Tak kiralah buku tu dibaca ataupun tidak, Hisham mesti akan bawak juga buku perubatan dia. Bagi Hisham, belajar MEDIC ni adalah segala-galanya dalam hidupnya. Demi mengejar cita-cita bergelar DR. berjaya, Hisham sanggup berjaga sehingga lewat malam sehinggakan selalu terMISS solat Subuh. Tapi, bagi Hisham, menelaah buku juga adalah jihad seorang mujahid sepertinya.
KISAH 2
Amir pula berlainan daripada Hisham. Kalau Hisyam jenis yang study sokmo, Amir pula jenis yang study bila dekat nak Exam je. Amir jenis yang lebih banyak menghabiskan masanya dengan menelaah buku-buku ilmiah berunsurkan DAKWAH ISLAMIAH. Bila ditanya mengapa, Amir akan mengatakan bahawa Ilmu Perubatan hanyalah bersifat duniawi, namum Ilmu agama bersifat dunia dan akhirat. So, Amir merasakan lebih bermanfaat baginya mendalami Ilmu agama. Masanya banyak dihabiskan dengan bertalaqi, menghadiri kelas-kelas agama, dan membaca kitab-kitab Islam. Itulah rutin kehidupan Amir.
Bagaimana persepeptif anda? Pada ana, setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mencapai impian. BETUL atau SALAH cara kita, kitalah yang layak menilainya, bukan orang lain. Selagi mana kita merasakan bahawa cara yang kita lakukan adalah yang terbaik untuk kita, maka teruskanlah. Jangan dipedulikan apa orang lain kata.
Konklusinya,
Meskipun cara kita berlainan, tapi misi dan visi kita tetap sama, iaitu ingin
Konklusinya,
Meskipun cara kita berlainan, tapi misi dan visi kita tetap sama, iaitu ingin
.BERJAYA DUNIA &"AKHIRAT. kan?
So, konklusinya, KEJAYAAN itu adalah sesuatu yang PASTI bagi setiap orang yang BERUSAHA. Hanya waktu bila dan sebesar mana kejayaan yang dikecapi akan bergantung pada CARA kita berUSAHA.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada diriku mahupun kamu yang membaca. :D
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada diriku mahupun kamu yang membaca. :D
Sabda Nabi S.A.W : "Barangsiapa yang inginkan dunia, hendaklah ia berilmu. Barangsiapa inginkan akhirat, hendaklah ia berilmu. Barangsiapa yang inginkan kedua-duanya, hendaklah ia berilmu."
0 comments: