9/15/2012

My elective posting Week 1 : Second day : PE

Posted by Unknown  |  at  7:56 AM 1 comment

Assalamualaikum WBT

Ward : Female Medical Ward @ FMW + Male Medical Ward @ MMW

Pagi itu, saya ke hospital seperti biasa. Jadual "morning round" akan bermula pada pukul 8 pagi. Tiba di FMW, ana agak tercari-cari ke mana perginya DR. Azrin. Sementara menunggu, saya pun melihat-lihat persekitaran wad yang dipenuhi para pesakit. Ada di antara mereka yang kelmarin ada, namun hari ini katil sudah pun dikosongkan, tidak pasti pula sama ada mereka telaha di "DISCHARGE" atau ke mana-mana.

Saya kemudiannya menuju katil pesakit SLE di katil hujung ward tersebut. She looks normal. Just with little bit rashes on her face, and no longer fever, just look bit confuse since yesterday. Saya cuba baca casenote patient tersebut untuk mengetahui progress patient. Alhamdulillah, perkembangan yang baik melalui catatan HO mahupun SN.

Saya kemudian membiarkan pesakit tersebut dan menuju ke satu bilik di mana ada seorang pesakit di dalam bilik tersebut. I went to see her casefile. Read her history and from the file, she was diagnosed had "Pleural Effusion" on her right pleura. Pesakit ini diasingkan daripada pesakit lain / dikuarintinkan di dalam sebuah bilik khas, untuk mengelakkan jangkitan kuman pada paru-paru pesakit. Sepertinya saya agak tahu sedikit dengan jenis penyakit ini, kerana sewaktu dalam kelas PHYSIOLOGY dahulu, lecturer pernah menyebut tentang PE ne.

PE atau pleural effusion ini adalah keadaan di mana terdapatnya lebihan cecair yang berkumpul di antara dua lapisan pleura, yang mana pleura adalah lapisan yang berfungsi menutupi paru-paru kita, namun bola terdapatnya tebihan cecair pada pleura tersebut menyebabkan gangguan kepada paru-paru untuk berfungsi secara normal. Its like paru-paru tu x boleh ventilate secara normal la.

Xray of Normal Lung
Patient Xray with PE


After looking for PE cases, nearly 1/2 hour, then I went upstairs, to the MMW ( Male Medical Ward ). Di sini, saya dapatlah tengok ramai di antara pesakit adalah terdiri dari dolongan orang yang berumur lanjut, dan semasa saya sampai d wad lelaki tersebut, kelihatannya "morning round" sedang dijalankan. Melihat banyak case file di atas meja patient,saya rasa ini satu peluang baik untuk melihat-lihat jenis sakit yang dihidapi oleh kebanyakkan pesakit warga tua di sini.

Lepas melihat kepada file2x pesakit, memang mostly of them suffered HPT (Hypertension), DM (Diabetes Melitus), dan CKD (Chronic Kidney Disease). Ada pak cik yang kena DM, ibu jari kakinya sudah dipotong. Sangat kasihan melihat keadaan mereka. Semas tengah melihat casenote patient, tiba-tiba terdengar jeritan nurse, "patient stop breathing!"

Beberapa orang DR. berlari ke arah pesakit berbangsa cina di katil no. 2. Dan SN yag ada di situ bergegas mengambil peralatan kecemasan. DR.  yang ada di situ mula melakukan CPR untuk mengembalikan degupan jantung pesakit. Ana hanya mampu melihat dengan terpegung bagaimana DR. tersebut melakukan CPR secara bergilir-gilir. Hampir setengah jam, pesakit tidak menunjukkan tindak balas, dan akhirnya, DR. pun memberhentikan CPR. "Pesakit tu mati ke?", bisikku kehairanan. Sejurus selepas itu, terdengar jeritan tangisan sayu oleh anak pesakit yang menemani pesakit sejak awal pagi lagi. Seolah-olah memahami petanda tersebut. Pesakit yang baru sahaja ana tenung dan renung tadi, melihat gelagatnya meminum 2 kotak susu "dutch lady" dengan penuh semangat cukup membuatkan ana terpegun, dan kini pesakit tu telah tiada.

"Itulah AJAL KEMATIAN."

Tragedi tersebut membuatkan saya sedikit cemas, namun pada masa yang sama saya juga mempelajari sesuatu, "Ajal kematian itu sangat lah dekat."


About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

1 comment:

  1. Azithromycin 1000 mg is an antibiotic medicine . The drug is used to treatment of bacterial infections. There is an advantage to taking a daily dose once. this tablet is only active against bacterial infections. Used to treat various types of bacterial infections of the respiratory tract, ears, nose, throat, lungs, skin, and eyes in adults and children. Taken one hour before or 2 hours after a meal.

    ReplyDelete

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top