9/14/2012

Ada apa dengan attachment, perlu ke buat attachment?

Posted by Unknown  |  at  8:12 AM No comments


Assalamualaikum WBT.

Syukur pertamanya kerana Allah masih mengurniakan diri ini hayat usia sehingga dapat meng"update" untuk entry terbatu dalam blog ni.

Hospital Dunchess of Kent, (HDOK) Sandakan, Sabah. 

Hari ini, genap 5 hari saya menjalani latihan penempatan elektif atau nama lain baginya, "Attachment". Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang diharapkan. So, untuk entry kali ini, biarlah saya berkongsi beberapa perkara yang boleh dijadikan tatapan untuk para pembaca yang budiman sekalian sekaligus memberi pencerahan kepada mereka di luar sana khususnya sahabat handai tentang perkara ini.

PERTAMA : Penempatan elektif ( Attachment ) ini bukan sesuatu yang WAJIB!

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa awal buat attachment? Baru nak masuk tahun 2 kot? Nak buat apa attachment awal-awal?

Itulah antara soalan yang seringkali muncul. Bagi ana, begini sahaja. Attachment ni bukanlah sesuatu yang wajib. So, terpulang atas individu itu sendiri sama ada ingin melakukannya ataupun tidak. Tiada paksaan untuk melakukan attachment ini.

PERKARA KEDUA : Apa tujuan Attachment ni?

Antara tujuan utama adalah?

  • Menimba pengalaman daripada doktor-doktor dan melihat sendiri bagaimana mereka menjalani rutin seharian sebagai seorang pegawai perubatan bertauliah, bagaimana mereka mendiagnosis sesuatu "disease", juga bagaimana mereka terpaksa megikut MO/Specialist mereka membuat "round", dan juga bagaimana mereka menulis "casefile" pesakit. Selain itu, kita juga boleh melihat bagaimana SN menjalankan prosedur-prosedur ke atas pesakit. (macam-macam gelagat boleh dilihat) Dan juga adakalanya, Doktor akan suruh kita buat prosedur tu ke atas pesakit (dengan awasan SN/DR).



  • And the most important is, kita dapat melihat sendiri "patient with disease ongoing their treatment". Kalau sebelum ni, mungkin kita hanya melihat nama-nama penyakit tersebut ataupun mungkin kalau advance lagi, maybe there are some picture for the disease right?, tapi bila pergi sendiri ke hospital, sudah tentu korang akan dapat tengok sendiri bagaimana keadaan pesakit yang tengah dalam fatrah diserang penyakit. :) Last but not least, attachment akan memberikan semangat baru untuk korang agar lebih sedar dan tahu akan tanggungjawab korang sebagai pengamal perubatan kelak. Betapa pentingnya untuk korang menguasai ilmu perubatan secara menyeluruh. So that, tak lah kena maki MO/Specialist sebab x pandai diagnose patient nanti.


KETIGA : Attachment itu "BELAJAR"

Ya. Bila buat attachment, banyak yang korang belajar. medic is not what only wrote on your book, but it is also what you experienced, maksudnya di sini, bila kita belajar medic, we have to luaskan skop pembelajaran kita, tidak hanya tertumpu pada apa yang sedang dipelajari dalam buku sahaja. Dengan cara tersebut, InsyaAllah korang boleh menjadi pengamal perubatan yang 'terbaik punya' kelak.

I guess thats all for this time, and InsyaAllah next time I will write about my experiences during the attachment.

" Setiap individu yang melakukan "Attachment" ini mempunyai rasional mereka masing-masing. Bagi mereka yang telah ataupun sedang melalui pengalaman "Attachment" ni, mereka pastinya tahu apa yang mereka lalui dan sejauh mana "Attachment" ni memberi impak pada mereka, sama ada lebih kepada impak +ve, atau sebaliknya. :)  Bak kata orang, tak buat maka tak tahu."

Sekian, Wassalam.

About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top