2/23/2014

Result kita sama!

Posted by Unknown  |  at  9:41 PM No comments

Alhamdulillah result midyear dah keluar. Meskipun result tidak secemerlang rakan-rakan lain, namun mungkin inilah kenyataan yang harus dihadapi. Betullah apa yang dikhabarkan, tahun tiga adalah tahun yang sangat mencabar. Tetapi sy yakin pasti ada hikmah yang Allah letakkan dengan result yang sebegini.

Result jatuh

Awalnya bila tgk markah setiap subjek, rasa down semacam. "Oh!teruk gila result aku!" "Matilah aku tahun ni." "Xnak continue dah la... Nak balik Malaysia~" demikianlah antara monolog dalaman yang sempat terlintas di hati. Result sangat jatuh tahun ni, meskipun sudah berusaha sekuat mungkin. Even sebenarnya rasa menyesal juga sebab masa study leave hari tu, banyak masa main dari study. Tetapi, hati adalah juga cakap, "kalau aku main2x pun result dah macam ni, kalau aku struggle mesti result ak hebat jugak". Gelak sorang-sorang..



Cari semangat yang hilang

Cuti yang tersangat panjang, dalam lingkungan hampir sebulan, buatkan mood study melayang entah ke mana. Rasa banyak sangat masa DIbuang sepanjang cuti kali ni. Kawan-kawan lain ramai yang pergi melancong ke Eropah, Malaysia, mahupun sekitar Mesir, namun sy sempat sampai ke Faiyoum shj.

Semalam, pihak universiti telah selesai mengadakan majlis konvokesyen batch ke-3 fakulti kitorg. Alhamdulillah berkesempatan untuk pergi ke program tu, walaupun pada awalnya malas nak pergi. Semasa konvo berlangsung, melihat akan wajah kebahagiaan mak ayah senior2x yg datang dari Malaysia untuk meraikan anak mereka, rasa sedikit sayu terkenangkan mak ayah sy yang berada di Malaysia.

"Bolehkah aku grad macam diorg nanti sambil mak dan ayah aku melihat kejayaan ku?"

Hati tertanya-tanya bolehkah diri ini menjadi seperti merka suatu hari nanti. Naik ke pentas, dengan jubah konvo, membaca "medical oath,"..... Rasa jauh lagi perjalanan untuk sampai ke situ. Sy cuba meyakinkan diri sambil meniup semangat untuk berusaha dengan lebih gigih agar nanti saya juga akan berada di tempat mereka! Amin.

Yang tengah, Dr. Syafiq suami kpd doctor yg kiri, Dr. Liyana. Dua-dua dah bergelar doktor, ibu dan ayah, jg sama-sama belajar di Tanta. Cuma Suami grad dulu 2 tahun lepas. Yang kanan sekali bakal grad tahun depan InshaALLAH.
Cc : Najib


Semester baru

Hari ini merupakan hari pertama dalam sem 2. Alhamdulillah sangat sebab cuti yang dikhabarkan akan dipanjangkan dek penularan wabak H1N1, tidak jadi dipanjangkan. Universiti suram jek... Sebab cuma budak Melayu shj yang ada kelas. Budak Arab 'extend' cuti. X terbayang sebenarnya kalau cuti dipanjangkan lagi, bila akan berakir sesi pengajian tahun 3 ni. Lucu juga belajar di Mesir ni, banyak sangat cuti. Best je..

Semoga duta yang terhasil dr Tanta mampu menyaingi duta-duta lain di Malaysia kelak! Tahniah!


Result kita sama

"Eh? ko duduk rumah study fulltime, apesal result kita lebih kurang je?" Sentap!

Yang sorang, hari-hari duduk terperap di rumah. Study sepenuh masa. Malas nak join persatuan, ikut program buang masa je. Baik duduk rumah fokus study!

Sorang lagi, hari-hari mesyuarat, program berderet, belum habis satu, satu lagi program nak kena settlekan, jalan sana sini, urus itu dan ini, sampai study tu sempat mana yang mampu je.

Bila keluar result, sama je dua-dua. Eh? bukan patut orang yang struggle study dapat high marks ke?

Cikgu saya dulu selalu pesan, "Semakin kita sibuk dengan kerja-kerja berfaedah, semakin banyak masa lapang yang kita ada. Sebabnya kesibukkan kita berkerja itulah yang akan menjadikan kita lebih teratur dalam mengurus masa." & yang paling penting, yakinlah bahawa jika kita sibukkan diri dengan niat untuk membantu agama Allah, pasti Allah akan berikan pertolongan kepada kita. Allah mungkin x berikan kita kelapangan masa, tapi bersyukurlah Allah berikan kita kesibukan krn dengan kesibukan lah kita semakin tekun dan gigih untuk belajar, sama ada kita sedar ataupun tidak.






About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top