2/15/2014

Dr. Fahd berkongsi cerita dan tips

Posted by Unknown  |  at  3:58 PM No comments

Career Talk
Assalamualaikum wbt.

Poster Iklan by PCT
Semalam telah berlangsung program career talk yg disampaikan oleh seorang doktor awesome. Beliau yang dikenali mesra dengan nama Dr. Fahd memberikan perkongsian pengalaman beliau bermula sedari alam pelajar perubatan di Ireland hinggalah kini, selaku pelajar phD selain memberikan guideline tentang program Master dalam bidang perubatan, which is our country struggling to improve the programme.

Biodata Dr. Fahd


Banyak perkongsian, tips dan pengalaman yang beliau kongsikan bersama kami, meskipun dalam jangka masa yang sangat singkat. Yang pasti, sy yg hadir di dalam dewan itupun rasa sesuatu sedang menempelak tepat ke muka saya. Sememangnya, perkongsian dr Dr. Fahd adlh satu perkongsian yg begitu hebat untuk pelajar2x sains kesihatan di Bumi Mesir khususnya Tanta. Lebih2x lagi kami yang mengambil bidang perubatan di sini.

Menceburi bidang kepakaran, bukan satu yang mudah. Tahun demi tahun, persaingan kian bertambah, dengan kuota yang begitu terhad. Oleh itu, setiap orang perlulah mencari value penting diri masing-masing untuk sekurang-kurangnya mampu menyertai kelompok terbaik dalam persaingan memasuki program kepakaran kelak.

Dalam perkongsian yg luas dan padat tersebut, antara salah satu isi dalam talk beliau semalam, sy perhatikan bagaimana Dr. Fahd cuba membuka minda dan persepsi kami tentang budaya selaku pelajar perubatan yang sebenar. Beliau cuba membuka mata kami tentang pentingnya untuk kita melatih diri dan membiasakan diri sejak dr awal dalam mendisiplinkan diri, bersungguh-sungguh dalam pelajaran, dan mencari pengalaman seluas-luasnya bermula dr sekarang, sebelum menempuh alam pekerjaan. Beliau cuba menyampaikan bahawa survival sewaktu alam pekerjaan nanti banyak dipengaruhi oleh sikap kita semasa di alam pelajar perubatan.

Contoh yang kena

Beliau memberi contoh tentang trend pemakaian kami selaku pelajar sains kesihatan di Mesir pd hr ini, yang sy rasa perlu dinilai semula oleh kami selaku pelajar jurusan professional di sini, adakah ianya padan dengan bidang yang sedang kami ceburi ini.

Sy petik antara kata-kata beliau, "Sy masa belajar dulu, pakai suit tau?! Even kami x dibenarkan masuk dewan peperiksaan kalau x pakai pakai suit dan kasut kulit warna hitam!"

"Mudah je. Sy pakai tu semua, sebab sy RESPECT dengan orang tu. Kalau org datang kat kita, dengan pakaian yg serabut, kita akan rasa dia x hormatlah dengan kita, kan?!"

"Ni senior lah yang kena mula dulu pakai pakaian smart, barulah adik-adik yg baru ni akan ikut."

Rasa tersentap masa Dr. Fahd sentuh soal pemakaian. Asalnya nampak benda kecik je pun pasal pakaian ni. But once Dr. Fahd relatekan soal kecik ni kpd soal yg lebih besar, menjadikan soal kecik ni ikut menjadi soal yg besar juga.

Selain soal pemakaian, Dr. Fahd juga menyentuh akan pentingnya gerak kerja kita sepanjang bergelar pelajar sains kesihatan, kerana setiap apa yg kita sertai, akan menjadi value penting untuk diri kita kelak. Beliau cuba tekankan akan pentingnya utk kita merebut peluang yg ada, menyertai apa jua program, dan mengutip sebanyak mungkin pengalaman untuk masa depan kerjaya kita dalam bidang ini.

Di samping mengulas realiti bidang sains kesihatan pd masa sekarang, Dr. Fahd ada menerangkan sedikit sebanyak tentang senario yang sedang berlaku dalam bidang sains kesihatan di Malaysia dengan penekanan diberikan dalam bidang kepakaran dan sub kepakaran.

Tidak lokek berkongsi

Sepanjang sesi ringkas tersebut, doktor Fahd ada berkongsi tips dan teknik untuk merebut tempat dalam bidang kepakaran kelak. Beliau meyakinkan bahawa sehebat mana pun kita dalam bidang ni, secemerlang mana pun keputusan kita, belum dpt menjamin sepenuhnya posisi kita kelak. Ada yang result cemerlang masa belajar, ada yang result kurang cemerlang, namun yg kurang cemerlang itu yang dahulu mendapat tempat utk memasuki program kepakaran.

Beliau juga turut berkongsi pengalaman rakan-rakan dan kisah2x pedih pelajar perubatan lepasan Mesir yang berkhidmat di Malaysia. Semua itu sangat memberi kesan kpd sy, yg acapkali terlalu leka dengan masa lapang yg dikurniakan sepanjang belajar di Mesir. Alhamdulillah terbuka juga mata ini.

Sememangnya, banyak benda yang beliau sentuh dalam program tersebut, dan hanya sedikit yang mampu sy huraikan di sini. Apapun, cara beliau memberi penyampaian sangat humble dan fun. Jarang juga sy bertemu dengan seorang doktor pakar yg hebat, namun sangat humble, ramah, dan fun spt Dr. Fahd. Thanks to him! Last but not least, sy kongsikan sedikit kata-kata beliau utk renungan semua,

"Success is about capturing the opportunity. It knocks but once. Don't be a chronic MO, avoid waiting for the last minute, avoid being in the comfort zone."

About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top