5/14/2013

Salji Sinai yang PERTAMA

Posted by Unknown  |  at  6:58 PM No comments

Assalamualaikum wbt.

Musim cuti winter adalah musim cuti yang baik untuk para kaki "tidur", dan segala kaki-kaki yang lain. Ada yang menghabiskan musim cuti winter dgn melancong ke luar negara, ada yang pulang ke Malaysia, ada yang hibernate sokmo dan ada juga yang mengisi musim CUTI winter mereka dengan STUDY! <--- pelik dowh.

Tahun ni, musim cuti winter saya isi dengan aktiviti climbing! haha... Cuti winter tahun ni cuti winter bermakna b'coz dapat pergi mendaki sebuah gunung nun jauh di utara sana. Nama gunung tersebut adalah gunung Sinai... Anyone heard this kind of name before? Saya sendiri x pernah tahu kalau gunung ini wujud dan begitu masyhur namanya.

Sebelum saya teruskan, mari kita singkap sedikit sejarah tentang gunung Sinai ini.

"Gunung Sinai juga di kenal dengan jabal Horeb atau Jabal Musa atau Thursina yaitu sebuah gunung yang terletak di semenannjung Sinai di Mesir, tingginya 2,285 meter, gunung Sinai ini termasuk cerita dalam sejarah, dan tercantum dalam kitab suci Al-qur’an, bahwa di puncak gunung Sinai ini tempat Allah SWT berbicara pada nabi Musa As dan tempat nabi Musa bermunajat selama 40 malam. Sebagaimana .firman Allah tercantum dalam surat Tin dan surat Al- Baqoroh ayat 51, Dalam surat Taha ayat 9 -- 13 bahwa Nabi Musa menerima wahyu pertama."

Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu


Okey! Pengembaraan bermula!

HARI PERTAMA

Bertolak dari Tanta lepas Subuh, dan sampai di kaherah pukul 9 pagi. Even sepatutnya kitorang mula gerak awal, tapi sebab semua pakat bekumpul lambat, makanya semua plan lari. Perjalanan biasa dari Kaherah menuju ke Sinai mengambil masa lebih kurang 6 jam, namun disebabkan perjalanan kitorg merupakan trip luar biasa, maka dengan sebab itulah juga kami mengambil masa hampir 12 jam untuk sampai ke Sinai. Kalau bertolak dr Kaherah pd pukul 10 pg, bermakna tiba di Sinai pada pukul 10 malam lah kan?!

Atas faktor keselamatan yang mana kerajaan Mesir telah mengisyhtiharkan darurat ke atas kawasan "port said" pada ketika itu, kami terpaksa mengaharungi banyak 'checkpoint' yang dikawal oleh tentera Mesir, dan kami di'escort' dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain. Sebab tu la perjalanan kami mengambil masa sehingga 12 jam.

So, korang boleh bayangkan duduk dalam bas selama 12 jam? Memang urat-benurat semua habis tesimpul! Setelah menempuh perjalanan yang sangat menguji kesabaran, akhirnya rombongan kami tiba jua di Semenanjung Sinai. Time sampai tu, memang xlah nampak mana gunung Sinai kan? Nampak bulan je malam tu. Tapi guide kitorg cubalah juga menerangkan mana satu gunung Sinai, dan malanglah tapinya, kitorg x nampak apa-apa pun. xD

Gunung sinai yang tersergam megah,
hanya kelihatan di siang hari


HARI KEDUA

0200 pagi, pendakian kami bermula. Bayangkan angin gunung musim sejuk bertiup pada pukul 2 pagi memukul-mukul kulit anda. Masa nak naik tu, memang x fikir boleh sampai puncak pun. Tapi kalau x naik, memang lagi rugi lah kan? So, cuba jugaklah nak naik masa tu. Sejam pertama pendakian saya dan seorang lg rakan saya, semuanya dalam keadaan baik, dan kami cukup laju berbanding rombongan kami yang lain. Selepas sejam berlalu, di situlah bermula segala kesengsaraan pendakian. Kesilapan menganggap bahawa puncak Sinai x tinggi mana akhirnya memerangkap kami. Ingatkan dah sampai puncak, rupanya belakang gunung ada puncak yang lebih tinggi.

0430 pagi, kami berjaya tiba di puncak gunung. Suhu sangat sejuk dan berSALJI. Angin pun memang kuat semacam. Kaki saya dan tangan saya rasa kebas disebabkan lemak yang sedikit menutupi badan ini. Di puncak Sinai dapat dilihat sebuah binaan masjid kecil dan bersebelahan dengann masjid ini juga ada sebuah gereja yang mana masng-masing mempunyai kepercayaan masing-masing tentang gunung Sinai ini.

0500 pagi, saya dan rakan saya mula menuruni puncak gunung Sinai, kerana saya tidak dapat menahan kesejukan puncak Sinai. Sebelum turun, kami sempat mengisi botol air kami dan selepas separuh perjalanan menuruni puncak Sinai, air dalam botol tersebut bertukar menjadi ais. Boleh bayangkan x?! xD Kami tidak sempat bersolat di puncak Sinai kerana terburu-buru turun, akhirnya kami Solat di khemah2x kecil di situ. Wudhuk? Guna air ais tadi. Memang xrasa dah, sebab kulit dah kebas.

0600 pagi, terbitnya matahari, maka tersegam megah lah juga gunung Sinai. Kawasan di sekeliling gunung Sinai yang juga kawasan pergunungan sememangnya membuat saya berasa kagum dengan kebesaran ciptaan Allah swt, & bila dah nampak tinggi dan besar mana gunung Sinai, baru tahu rupanya tadi kami mendaki gunung curam.

0800 pagi, selamat sampai di kaki gunung Sinai, dan saya rasa memang dah letih sangat, x larat nak jalan dah time tu. Sampai di kaki gunung, baru rasa pancaran matahari, dan muka yang kebas ini pun beransur baik. Tidak lama berada di bawah, akhirnya, Salji turun. Sangat lega dan bersyukur Allah masa salji turun tu, sebab 1st time juga rasa salji masa tu. Gunung Sinai seolah-olah gembira menerima kehadiran kami.

Hujan batu di Malaysia, hujan salji di Mesir

0900 pagi, kami mula bertolak pulang ke Kaherah, another 12 hours. Kami sempat singgah makan di Dahab sebelum mengahrungi perjalanan pulang ke Kaherah. Masa tu memang letih, badan x boleh nak control dah, dan saya pun tidur sepanjang perjalanan pulang ke Kaherah.

Alhamdulillah pengembaraan yang memuaskan meskipun tersangat letih. Memang berfikir 2-3 kali juga kalau nak ke Sinai lepas ni, tapi syukur sangat sebab diberi peluang dapat mendaki gunung Sinai dan menawan puncak Sinai serta dapat merasakan ke'hangat'an salji Sinai.

"Puncak yang kusangka telah kutawan, rupanya hanya bukit yang ku jejak." Ternyata, mengira bahawa gunung Sinai tidak tinggi adalah 1 jangkaan yang silap. Wallahua'lam.

__________________________________________________________________________
Desclimer : Tulisan sekadar pedapat peribadi saya, bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Sekadar ingin bermuhasabah.

About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top