5/10/2013

Blog ku bersarang! Kisah dan Pengajaran masa Practical Exam

Posted by Unknown  |  at  1:22 AM No comments

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan setelah sekian lm tidak menukil di dalam blog ini. Nampaknya blog ini sudah mula bersarang.

Hari ini saya baru sahaja selesai menjalani Physiology Practical Final Examination, yang juga adalah peperiksaan praktikal yang ke-3 yang aku hadapi. Ini bermakna cuma tinggal 1 paper lagi, Biochemistry.

Alhamdulillah so far so good lah setakat ini. Berikut sedikit kisah dan pengajaran untuk saya kongsikan bersama. Semoga ada sesuatu yang boleh diperolehi dari perongsian kali ini.

1st Paper : Histology

Al kisah menjawab histo practical. Semangatnya saya pergi study part yang susah-susah untuk lukisan. Siap print dan laminate kertas lagi tu. Senior mostly ramai yang cakap doktor akan suruh lukis gastroesophageal junction la, pylurodeodenal junction la bagai, tup tup sekali soalan keluar, suru lukis trachea. (jeng!) Part trachea paling 1st kalau dalam buku diagram practical. Memang part tuuu jg lah paling saya malas tengok dan study.

Pengajaran : Grab lah diagram yang senang betul-betul.

Histology slide

2nd Paper : Anatomy

Al-kisah belajar anatomy 2minggu sebelum hari menjawab paper. Punyalah setiap hari pergi open lab semata-mata maw belajar soft tissue. Walaupun open lab tu untuk arab jak, tapi apa salahnya menumpang kan? haha. Tahun ni memang Alhamdulillah lah dapat merasa enjoynya belajar anatomy. Salah satu sebabnya ialah dapat belajar terus dengan student arab. Tau kenapa best belajar dengan student arab? sebab student arab x lokek, x sombong, dan x serabut. Saya kalau jumpa orang arab yang saya rasa saya boleh masuk, terus suruh student arab tu ajar. Time dia ajar tu lah banyak benda yang selama ni saya xpernah tahu, diorang bagi tahu. Lagi satu pasal student arab ni, kalau kita tanya satu point yang kita x tahu, dioranga akan ajar semua point yang diorang tau. Sebab tu rasa student arab ni ok jak sebenarnya. Cuma kekadang kasar sikit jak la. Tp still ok.

Pengajaran : Study dengan student arab, sebab student Arab yang ambil medic di uni ni, diorang semua budak 4 rata. So, grab the chance to study as early as you can, and study Anatomy with Egyptian student. Sure you will have fun!

Practical Anatomy (Cadaver Date Session)

3rd Paper : Physiology

Al-kisah study physio. Seriusly memang time study gap physio paling banyak lagging. Al-maklum demam PRU masa tu, so x dapatlah focus masa tu, untill 2 days before the exam. Time ni memang pulun sepulun yang boleh la physio. Pathway memang malas maw baca, baca procedure dengan clinical significance ja. Alhamdulillah masa exam berlangsung, rezeki Allah mudahkan, dapat doctor lelaki yang baik, tak ingat nama doktor tu, tapi dia dulu mengajar subjek endocrinology masa awal-awal. Doktor tu simply suruh saya buat bicep jerk, dengan rhinne test for hearing.

Pengajaran : Study physio, kalau practical, study part practical la. Jangan sibuk study part written lak. Kalau power boleh la kot. Tapi physio practical, make sure tahu precaution, proper procedure, clinical significance and always give your best shoot during oral with doctor. Kalau maw nice, 1 soalan doctor tu tanya, jawab sampai dia cakap "enaugh"! hahaha.

Tendon jerk (Knee jerk)


4th Paper : Biochemistry

Study Biochem memang banyak rilek. Baca part experiment dan hafal. Tu je. Kedai belakang gamaah tu pun, ada jugak jual skema jawapan practical biochemistry. Baca yang tu cukup memadai, InsyaAllah. Masa masuk lab tu, make sure kalau boleh masuk lah paling awal, "the early u do, the early you finish". Standard bila last paper, semangat cepat down. So, masuk awal, buat sehabis baik, dan its end! Merdeka!!! (Written x lagi. --'')

Pengajaran : Biochem practical ni kena make sure kena biasakan diri untuk "boost", your skill, technique, and mesti laju tulis juga. Sebab report nak buat dalam table, tapi kertas jawapan cantik, bersih semacam, table satu haram pun xde. So, kena laju tulis report la. Lagi satu, kalau dah masuk examination lab tu, jangan tunggu doktor cakap "start" baru nak start, sbb konfem doktor xkan cakap start, melainkan doktor hanya akan cakap, "you have 5 minutes left!". So, masuk, dapat kertas and sample, buat terus. Tp make sure! Nama jangan lak lupa tulis. Nanti buat laju-laju, lupa tulis nama, sia-sia lah jawabnya.

Wish me luck for my next written examination k?! cuak ni! x perform sangat masa mid-term hari tu. Rabbuna yusahhil, InsyaAllah. Man jadda wa jada... Bittawfiq wannajah wa zaujah, Insyallah! Wallahua'lam.


About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top