Assalamualaikum WBT.
Saya cuma ingin berkongsi sedikit komen yang dilontarkan DR. Azzad kepada Aku.
Kalau berusaha pasti saja boleh! |
Saya teringat suatu ketika dulu bila m.cik aku tanya aku aku nak sambung bidang mana selepas habis SPM, sedang aku mau menjawab, abang sedara aku dah tolong jawabkan.
" Sambung di Rusia. Jadi DR. la kan mat? "
tu boleh lagi saya tahan. tapi yang ni....
" Budak MRSM hebat-hebat kan? Apa lagi mat, aim MEDIC la terus. "
dalam hatiku, " Hebat la sangat. " belajar kat dalam MRSM tu pun saya dah tercungap-cungap, ni nak ambil MEDIC? tobat3x.....
------------------------------------------
Kini, saya berada di sebuah Sekolah Perubatan Timur Tengah, yang tidak pernah saya impikan.
Berbekalkan harapan seluruh keluarga dan sahabat-sahabatku, saya hanya menanam azam untuk membantu agama, bangsa dan masyarakat negeri ku, Sabah sepulangnya saya di tanah air.
Andai ditakdirkan menjadi seorang DR, maka dapatlah saya mencurahkan bakti.
Semoga jalan yang sangat-sangat panjang ini dapat ku tempuhi dan ku telusuri... Amin.
0 comments: