Assalamualaikum WBT.
Pada 30 April 2012, pihak pengurusan universiti saya telah mengaturkan satu program rehlah khas untuk pelajar-pelajar tahun 1 perubatan. Pada rehlah kali ini, kami ditawarkan ke taman tema istimewa iaitu Dreampark yang terletak di Kaherah. Program rehlah ini diadakan khas sempena Final Examination yang dijaualkan akan berlangsung pada 02 Mei 2012.
Ukhuwah itu terasa indah seindah pelangi, andai dijalinkan kerana Allah SWT |
"Tak rasa pelik ke? exam dah dekat, tapi sempat pula pihak universiti saya ni suruh budak-budak medic diorang enjoy. Apa x takut ke kalau student x study nanti?"
Laa... Sebenarnya, rehlah ni diadakan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar sempena peperiksaan akhir yang hampir tiba ni, di samping ada beberapa objektid dan tujuan lain di sebalik program ni.
Seperti yang tercatat dalam tentatif, iaitu bermula 7.30 pagi, rombongan kami telah pun berkumpul di hadapan fakulti perubatan menanti bas yang akan membawa kami. But, at last, pukul 9 juga baru kami mula bertolak dari Tanta. Saya ingatkan, janji melayu paling teruk, rupanya janji arab lagi lebih "terbaekk."
Perjalanan ke Kaherah mengambil masa lebih kurang dua setengah jam dan akhirnya kami selamat tiba di Dreampark lebih kurang pukul 11.30 pagi. Ketika turun dari bas, memang terasa bahang matahari yang panas semacam, & selepas urusan mendapatkan tiket percuma dari musyrif khas program kitorang, kami dibenarkan masuk ke dalam tempat tu dengan pelepasan untuk berada kat dalam park tu sehingga pukul 3.00 petang.
" Jom main tu? Jom main ni? Jom main itu ini. " hahaha... Rasa nak main semua benda je dalam tu.
Kalau korang nak tahu, Dreampark ni merupakan taman tema "TERBESAR" di benua Afrika ni. So, boleh la bayangkan betapa besar dan luasnya tempat ni. Dreampark ini dibina di atas padang pasir yang sangat luas. Lokasinya juga agak jauh dari bandar utama Kaherah.
Memang lama lah main dalam tu. Tapi sayangnya saya hanya sempat naik dua permainan ekstreme ja termasukla roller coaster! ( Impian memang nak naik roller coaster ni sejak kecik lagi. ) Sebab lepas naik dua benda alah tu... nah! mula dah rasa nak pitam dan loya nak muntah.
Tapi, rugi jugakla actually bila pergi tapi just main dua permainan ekstrem jerrr, tak macho sungguh. >.<
Actually banyak benda aku main, tapi semua permainan under 18. Malu nak citer...
Rasa macam berada kat overseas je |
Dalam pukul 4.30, kitorg kemudian bertolak menuju ARABIA MALL, Mall yang saaaaaaaangat besar! Sebelum ni Mall paling besar yang saya pernah masuk kalau di Malaysia pun cuma setakal Mid Valley jerr.
Sambil-sambil dalam perjalanan ke Arabia Mall tu, kami disajikan dengan makanan Seafood dari Mo'men. Alhamdulillah rezeki dapat makan free. Sedap! Tapi waktu dalam bas tu, saya x lah makan seafood yang saya dapat time tu. Simpan sebagai bekalan, sebab masih kenyang lagi masa tu, kot. ;D
" Ada 24 pintu?! Biar betol?!!!!! "
Kalau nak tahu? ARABIA MALL ada sebanyak 24 pintu yang mengelilingi pusat membeli belah yang sangat besar ni. Sebabnya, Mall ni x dibina bertingkat, so, bayangkanlah betapa makan spacenya (besar sangat!) Mall ni. Saya yang jalan dalam mall besar ni pun, dapat cover just separuh kawasan jerr, n even dapat jalan half of the mall only, tapi rasa hampir tercabut kaki ne.
Solat itu penghubung antara kita dengan Sang Pencipta, Maka Tunaikanlah Solat walau di mana kita berada. |
Actually, mall ni sama sahaja seperti City Star dekat Kaherah, tempat yang palin famous dekat Kaherah, dan barang semua barang yang branded and mahal, so, duit pun dah banyak habis derman kat Dreampark tadi, hanya makanan sahajalah yang mampu di beli. Tapi, Alhamdulillah dapat makan sampai kenyang sangat! By 8PM, kami bertolak balik ke Tanta.
----------------------------------------------------------
Satu pengalaman yang bagi saya amat menyeronokkan.
Ukhuwah pun dapat dieratkan sesama pelajar tahun 1. Selama ni kitorg sesama tahun sendiri pun ada yang masih x kenal antara satu sama lain.
Jangan fikir benda ni memudaratkan, tapi fikir benda ni ada sesuatu yang ada hikmah tersirat di sebaliknya, baru akan rasa something yang bermakna dalam kehidupan anda. Study-study juga, tapi tiada salahnya keluar sekali sekala untuk melepaskan kepenatan study, kan?
Kalau pergi program-program camni, x semestinya anda x'kan dapat jawab Exam nanti kan? Hakikatnya, itu semua urusan Allah.
Sestruggle mana pun korang belajar, semuanya tetap terletak di tangan Allah. Bukan Ana nak cakap usaha tu x menjamin apa-apa, tapi setidak-tidaknya, hiduplah sebagai manusia, bukan sebagai hamba exam lol!
0 comments: