7/26/2012

Natijah Imtihan MEDIC Tahun 1, "Alhamdulillah Ala Kulli Hal."

Posted by Unknown  |  at  6:44 PM No comments


Assalamualaikum WBT.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (2:286)

Selamat diumumkan keputusan peperiksaan akhir Tahun 1 Perubatan 2011/2012 pada jam 3 petang tadi. Alhamdulillah syukur kupanjatkan kepada Allah swt atas rezeki ini. Allah kurniakan nikmat kejayaan pada diri ini dan lebih berjaya lagi diri sahabat-sahabat lain. Tahniah untuk mereka semua.



Jujur saya katakan di sini, bukan mudah mengharungi detik-detik bermula dari hari peperiksaan hingga ke hari ini, hari result diumumkan. Namun akhirnya terjawab juga penantian sejak sekian lama. Alhamdulillah!

Tahniah sekali lagi buat sahabat-sahabat seperjuanganku yang berjaya dan buat sahabat-sahabat yang kurang berjaya, walaupun hanya mendapat result yang sederhana, bukan bererti diri telah jatuh tersungkur, sebaliknya mesti teruskan usaha lagi. InsyaAllah Allah akan bantu jikalau kita berusaha kerana Allah. Yakinlah yang Allah Maha Mengetahui.

InsyaAllah lepas ni, jom kita muhasabah diri, jadikan apa yang kurang itu sebagai titik perubahan ke arah yang lebih baik  dan fokus untuk subjek tahun 2. InsyaAllah!

If ALLAH bring you to it, He will bring you through it.

Hakikat yang harus diterima, tiap-tiap sesuatu yang dikerjakan itu pasti ada susah senangnya, namun jika segala-galanya dilakukan lillahi taala, mana mungkin Allah akan membiarkan sahaja hambaNYA yang bersungguh-sungguh mengharap kepadaNYA.

If 99.99% there is no chance, then still have 0.01% chance.

Mabrouk buat semua, sama ada yang berjaya atau kurang berjaya, kegagalan bukan suatu pengakhiran melainkan hanyalah suatu permulaan. Selagi mana diri tidak mempersoalkan apa yang Allah berikan, InsyaAllah Allah pasti mengurniakan pengakhiran yang baik untuk kita semua. Jika hati mula meragui ketetapan Allah, ucapkanlah “Astagfirullah”. Semoga Allah melindungi diri dari hasutan syaitan yang direjam. Amin.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Mumtaz mungkin sesuatu yang memang sangat susah untuk dicapai, namun tetap sahaja walaupun ia sukar, ianya tetap tidak mustahil.

"Boleh jadi hari ini MEREKA berjaya di mata manusia yang melihat, namun belum pasti MEREKA berjaya di sisi Allah kelak. Boleh jadi juga MEREKA kurang berjaya pada pandangan sekalian manusia, namun tidak semestinya mereka akan gagal selama-lamanya. Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa hambaNYA yang benar-benar berjaya di sisiknya dan yang akan memperoleh kejayaan di akhirat kelak."


About the Author

Write admin description here..

Get Updates

Subscribe to our e-mail newsletter to receive updates.

Share This Post

Related posts

0 comments:

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top