All Stories

9/14/2012

Assalamualaikum WBT

Ward : Female Medical Ward @ FMW

Hari PERTAMA : SLE

Datang ke Hospital seawal pukul 8 pagi. Terus menuju ke pejabat pengurusan. Selepas menunggu Cik Siti, staff HDOK yang menguruskan bahagian penempatan elektif/latihan, akhirnya beliau tiba. Kemudian saya dibawa berjumpa SUPERVISOR yang akan menjaga saya sepanjang attachemnt, iaitu Head of Department, Medical di bangunan wad perubatan pempuan. Setibanya di wad tersebut, 1st impression is I'm not comfortable at all. See so many patient, with their branula attach on their hand, and also there some patient in acute and they have to breath pure 02 through mask, with SPO2 meter, vital machine, and ECG also, make my HR increase. I can feel my heartbeat faster and stronger. Kalau mase ni wat B.P check, konfem kena cop pre-hypertentive.

Then, Cik Siti pass me to DR. Azrin, who are one of HDOK's specialist, small size & skinny woman, light skin, but instead of her physical, she is one of the chief for those HOs and MOs in FMW. Beliau sangat ramah, terutama kepada bawahan beliau, suka tersenyum, dan bergaya selamba. hehe. Beliau sangat disenangi oleh doktor2x bawahan beliau. After DR.Azrin welcomed me, she then continue do her routine, "morning round". Sudah menjadi adat kebiasaan apabila MO/SPecialist buat round, HO, Staff Nurse, dan pharmacist akan mengiringi MO/Secialist tersebut. Kiranya, mereka akan round beramai-ramai la.

Pagi tu, saya hanya ikut sahaja DR. Azrin buat morning round mula dari pukul 8 pagi sehinnga bed paling last. Kira-kira pada pukul 11.30 pagi, barulah kami selesai habis round. Then, DR.Azrin go to Clinic, and for the time being, I am lefted alone in the ward. Seriously, dengan keadaan yang masih belum begitu selesa, saya cuba manyesuaikan diri dengan suasana persekitaran wad. Ini adalah disebabkan saya sangat tidak sukakan jarum, tube hos, darah, etc yang melibatkan pusat kesihatan. Sangat tidak suka/selesa. Namun, saya cuba letakkan diriku di tempat yang sesuai pada masa tersebut kerana saya sudah tidak lagi stick dengan DR.Azrin. Boleh ja kalau nak balik, tapi untuk hari pertama, saya mahu membiasakan diri dahulu dengan at jarum at least. :) Kebetulan ada some Medical Student from UMS pada masa tu. They are on their 3rd Year posting. Then, I went close to them, cause I saw they were communitaing with a patient at the corner of the ward. (pandai juga diorang ni cari point XD ) Lepas tu, saya pun tny salah seorang daripada mereka tentang patient tu kes penyakit apa? He told me that patient was SLE

1st time dengar, blurred. Apa tu SLE? --'' then, saya pilih utk dengar history taking session antara diorang, med. UMS dengan salah seorang remaja tersebut. Memang terkejut la sebab communicating skill diorang sangat.... perrgghh... terbaik. Saya senyum2x sahaja mendengar, sebab buku x bawa, so dengar ja la. Tapi mmg dalam kepala dah save siap-siap, balik nanti nak cr maklumat pasal SLE.

Finally, dalam pukul 2 petang, after the med. UMS leave, I then leave the ward and hospital also. That's my 1st day of attachmet. I got what? I got SLE with unknown anything about it. But then, at home, I found this :-

"SLE or Lupus is an autoimmune disease characterized by acute and chronic inflammation of various tissues of the body. Autoimmune diseases are illnesses that occur when the body's tissues are attacked by its own immune system. The immune system is a complex system within the body that is designed to fight infectious agents, such as bacteria and other foreign microbes. One of the ways that the immune system fights infections is by producing antibodies that bind to the microbes. People with lupus produce abnormal antibodies in their blood that target tissues within their own body rather than foreign infectious agents. These antibodies are referred to as autoantibodies. 

Because the antibodies and accompanying cells of inflammation can affect tissues anywhere in the body, lupus has the potential to affect a variety of areas. Sometimes lupus can cause disease of the skin, heart, lungs, kidneys, joints, and/or nervous system. When only the skin is involved, the condition is called lupus dermatitis or cutaneous lupus erythematosus. A form of lupus dermatitis that can be isolated to the skin, without internal disease, is called discoid lupus. When internal organs are involved, the condition is referred to as systemic lupus erythematosus (SLE).

Both discoid lupus and systemic lupus are more common in women than men (about eight times more common). The disease can affect all ages but most commonly begins from 20-45 years of age."

SLE Symptoms

One of SLE Symptom : Butterfly Rash 

My elective posting Week 1 : First day : SLE

Posted at 9:02 PM |  by Unknown

Assalamualaikum WBT.

Syukur pertamanya kerana Allah masih mengurniakan diri ini hayat usia sehingga dapat meng"update" untuk entry terbatu dalam blog ni.

Hospital Dunchess of Kent, (HDOK) Sandakan, Sabah. 

Hari ini, genap 5 hari saya menjalani latihan penempatan elektif atau nama lain baginya, "Attachment". Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang diharapkan. So, untuk entry kali ini, biarlah saya berkongsi beberapa perkara yang boleh dijadikan tatapan untuk para pembaca yang budiman sekalian sekaligus memberi pencerahan kepada mereka di luar sana khususnya sahabat handai tentang perkara ini.

PERTAMA : Penempatan elektif ( Attachment ) ini bukan sesuatu yang WAJIB!

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa awal buat attachment? Baru nak masuk tahun 2 kot? Nak buat apa attachment awal-awal?

Itulah antara soalan yang seringkali muncul. Bagi ana, begini sahaja. Attachment ni bukanlah sesuatu yang wajib. So, terpulang atas individu itu sendiri sama ada ingin melakukannya ataupun tidak. Tiada paksaan untuk melakukan attachment ini.

PERKARA KEDUA : Apa tujuan Attachment ni?

Antara tujuan utama adalah?

  • Menimba pengalaman daripada doktor-doktor dan melihat sendiri bagaimana mereka menjalani rutin seharian sebagai seorang pegawai perubatan bertauliah, bagaimana mereka mendiagnosis sesuatu "disease", juga bagaimana mereka terpaksa megikut MO/Specialist mereka membuat "round", dan juga bagaimana mereka menulis "casefile" pesakit. Selain itu, kita juga boleh melihat bagaimana SN menjalankan prosedur-prosedur ke atas pesakit. (macam-macam gelagat boleh dilihat) Dan juga adakalanya, Doktor akan suruh kita buat prosedur tu ke atas pesakit (dengan awasan SN/DR).

  • And the most important is, kita dapat melihat sendiri "patient with disease ongoing their treatment". Kalau sebelum ni, mungkin kita hanya melihat nama-nama penyakit tersebut ataupun mungkin kalau advance lagi, maybe there are some picture for the disease right?, tapi bila pergi sendiri ke hospital, sudah tentu korang akan dapat tengok sendiri bagaimana keadaan pesakit yang tengah dalam fatrah diserang penyakit. :) Last but not least, attachment akan memberikan semangat baru untuk korang agar lebih sedar dan tahu akan tanggungjawab korang sebagai pengamal perubatan kelak. Betapa pentingnya untuk korang menguasai ilmu perubatan secara menyeluruh. So that, tak lah kena maki MO/Specialist sebab x pandai diagnose patient nanti.

KETIGA : Attachment itu "BELAJAR"

Ya. Bila buat attachment, banyak yang korang belajar. medic is not what only wrote on your book, but it is also what you experienced, maksudnya di sini, bila kita belajar medic, we have to luaskan skop pembelajaran kita, tidak hanya tertumpu pada apa yang sedang dipelajari dalam buku sahaja. Dengan cara tersebut, InsyaAllah korang boleh menjadi pengamal perubatan yang 'terbaik punya' kelak.

I guess thats all for this time, and InsyaAllah next time I will write about my experiences during the attachment.

" Setiap individu yang melakukan "Attachment" ini mempunyai rasional mereka masing-masing. Bagi mereka yang telah ataupun sedang melalui pengalaman "Attachment" ni, mereka pastinya tahu apa yang mereka lalui dan sejauh mana "Attachment" ni memberi impak pada mereka, sama ada lebih kepada impak +ve, atau sebaliknya. :)  Bak kata orang, tak buat maka tak tahu."

Sekian, Wassalam.

Ada apa dengan attachment, perlu ke buat attachment?

Posted at 8:12 AM |  by Unknown

7/26/2012

Assalamualaikum WBT.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya... (2:286)

Selamat diumumkan keputusan peperiksaan akhir Tahun 1 Perubatan 2011/2012 pada jam 3 petang tadi. Alhamdulillah syukur kupanjatkan kepada Allah swt atas rezeki ini. Allah kurniakan nikmat kejayaan pada diri ini dan lebih berjaya lagi diri sahabat-sahabat lain. Tahniah untuk mereka semua.

Jujur saya katakan di sini, bukan mudah mengharungi detik-detik bermula dari hari peperiksaan hingga ke hari ini, hari result diumumkan. Namun akhirnya terjawab juga penantian sejak sekian lama. Alhamdulillah!

Tahniah sekali lagi buat sahabat-sahabat seperjuanganku yang berjaya dan buat sahabat-sahabat yang kurang berjaya, walaupun hanya mendapat result yang sederhana, bukan bererti diri telah jatuh tersungkur, sebaliknya mesti teruskan usaha lagi. InsyaAllah Allah akan bantu jikalau kita berusaha kerana Allah. Yakinlah yang Allah Maha Mengetahui.

InsyaAllah lepas ni, jom kita muhasabah diri, jadikan apa yang kurang itu sebagai titik perubahan ke arah yang lebih baik  dan fokus untuk subjek tahun 2. InsyaAllah!

If ALLAH bring you to it, He will bring you through it.

Hakikat yang harus diterima, tiap-tiap sesuatu yang dikerjakan itu pasti ada susah senangnya, namun jika segala-galanya dilakukan lillahi taala, mana mungkin Allah akan membiarkan sahaja hambaNYA yang bersungguh-sungguh mengharap kepadaNYA.

If 99.99% there is no chance, then still have 0.01% chance.

Mabrouk buat semua, sama ada yang berjaya atau kurang berjaya, kegagalan bukan suatu pengakhiran melainkan hanyalah suatu permulaan. Selagi mana diri tidak mempersoalkan apa yang Allah berikan, InsyaAllah Allah pasti mengurniakan pengakhiran yang baik untuk kita semua. Jika hati mula meragui ketetapan Allah, ucapkanlah “Astagfirullah”. Semoga Allah melindungi diri dari hasutan syaitan yang direjam. Amin.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Mumtaz mungkin sesuatu yang memang sangat susah untuk dicapai, namun tetap sahaja walaupun ia sukar, ianya tetap tidak mustahil.

"Boleh jadi hari ini MEREKA berjaya di mata manusia yang melihat, namun belum pasti MEREKA berjaya di sisi Allah kelak. Boleh jadi juga MEREKA kurang berjaya pada pandangan sekalian manusia, namun tidak semestinya mereka akan gagal selama-lamanya. Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang mengetahui siapa hambaNYA yang benar-benar berjaya di sisiknya dan yang akan memperoleh kejayaan di akhirat kelak."

Natijah Imtihan MEDIC Tahun 1, "Alhamdulillah Ala Kulli Hal."

Posted at 6:44 PM |  by Unknown

7/07/2012

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillahi Rabbil Alamin.

Syukur kepada Allah kerana berakhir sudah musim peperiksaan akhir tahun 1 Universiti Tanta. Segala usaha telah dicurahkan, dan kini hanya menantikan hasil dari usaha sepanjang peperiksaan. Sejujujurnya, diri ini tidak menjangkakan apa-apa melainkan hanya bertawakkal dan biarlah Allah menentukan natijah dari usaha ana dan juga sahabat-sahabat perjuangan ana semua.

Semalam, pada 6/7/2012 aku dan memberku yang lain telah pergi ke Kaherah, menemani mereka membeli ole-ole buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia. Kebetulan, pasar tamu jualan yang mereka ingin pergi berdekatan sahaja dengan masjid Al-Azhar, jadi aku pun ikutlah bersama mereka ke kaherah sekaligus niat ingin berslat jumaat di sana.

Bertolak menaiki kereta api dari Tanta seawal pukul 8 pagi dan Alhamdulillah selamat tiba di Kaherah pukul 9.15 pagi, kami yang tidak tahu arah ke masjid Al-Azhar mencuba sedaya upaya berikteraksi dengan orang ramai sehingga akhirnya sampai ke masjid azhar. 

(ROUTE : RAMSIS-ATTABA by METRO, ATTABA-AZHAR by TREMCO)

Tiba di Azhar, kami mengisi perut membeli roti dan makan di perkarangan Masjid Al-Hussain sebelum ke Masjid Al-Azhar untuk menunaikan solat jumaat di sana. Ana baru pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Al-Azhar walaupun setelah sekian lama menyimpan niat untuk ke sana. :)

Melihat kepada reka bentuk Masjid Al-Hussain, saya terpegun. Masjid yang mempunyai payung sama seperti Masjid Nabawi, dan masjid ini sejak awal lagi sudah dibanjiri oleh warga mesir untuk bersolat jumaat di sini. Mungkin anatara sebab utama ialah masjid ini berhampiran dengan kawasan tamu Hussain, sama seperti Masjid Badawi, Tanta.

Sebenarnya, Masjid Al-Hussain ini pernah menjadi masjid negara bagi MESIR sebelum lokasinya dipindahkan ke Masjid An-Nur di Abbasiyah yang mana kekal hingga sekarang. Melihat keunikan seni binanya, saya berasa amat kagum.

Namun sayangnya saya tidak sempat memasuki masjid ini. InsyaAllah jikalau berkesempatan, lain waktu boleh masuk ke dalam masjid ini untuk melihat apa yang ada di dalam masjid ini.

Masjid Al-Azhar merupakan masjid yang penuh dengan sejarah. Kedudukan masji ini bersebelahan dengan universiti Al-Azhar, universiti tertua di dunia. Masjid ini juga tidak pernah putus dengan pengajian yang disampaikan sendiri oleh para ulama syeikul Al-Azhar. Subhanallah.

Sewaktu tiba di perkarangan masjid Al-Azhar ini, ternyata masjid ini masih belum dipenuhi orang, tidak seperti masjid Al-Hussain yang sejak sebelum masuk zuhur lagi orang telah memenuhi ruang dalam masjid. Selepas mengambil wuduk di kawasan perkarangan luar masjid, saya dan sahabat-sahabat saya berjalan memasuki ruang solat masjid, dan saya dapat merasakan masjid ini sangat sejuk, walaupun di luar masjid memang rasa bahang terik matahari. 

Tersenyum diri ini sejurus masuk ke dalam masjid ini, rasa sangat bersyukur dapat juga menjejakkan kaki ke sini. Bagi pelajar Al-Azhar, masjid ini mungkin tidak asing lagi bagi mereka. ;) Seterusnya, nak masuk waktu zuhur, masjid ini bergema dengan bacaan ayat suci al-quran dari salah seorang syeikhul Universiti Al-Azhar. Subhanallah, mendengarkan syeikh bertaranum, hati memang rasa semacam. Subhanallah! Kemudian sesi khutbah jumaat, masyaAllah, sekali lagi hati terpaku kerana ketinggian bahasa arab yang syeikhul gunakan, dan rasanya sangat sekejap khutbah yang syeikh sampaikan, meskipun masa sudah kian berlalu.  

Selepas bersolat jumaat, bermula lah kisah memborong. Sahabat-sahabat semua sibuk mencari, memilih dan membeli (3M) bermacam-macam ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia. Tahun ini, saya tidak pulang ke Malaysia, jadi sy hanya ikut menemani sahabat-sahabat lain memborong ole-oleh buah tangan mereka. Saya tidak dapat memborong seperti mereka, hanya dapat membeli shelai jubah untuk dipakai semasa hari raya nanti dan juga sehelai baju biasa. :)

Semasa duduk di hadapan Masjid Al-Hussain menunggu sahabat-sahabat lain selesai memborong, sempat melihat seorang Syeikul Al-Azhar diiringi beberapa orang lalu betul-betul di hadapan kami, tapi... tidak pula terlintas untuk mengambil gambar bersama syeikh. Lagipun, syeikh nampak tergesa-gesa. Melihat seorang yang mengiringi syeikh cuba mengambil kitab dari tangan syeikh untuk membantu membawa kitab itu, namun syeikh tidak melepaskan kitab itu. MasyaAllah.... Tawaduk sungguh ulama itu.

Setelah 3M selesai, kami kembali ke Tanta dengan tremco, sebabnya lambat lagi nak train malam. Letih, penat namun puas. :) InsyaAllah tahun hadapan giliran saya pula untuk memborong. hehe... :)

Hayati sepotong hadis berikut,

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
- H.R Muslim

Keunikan Masjid Al-Hussain dan pengalaman pertama kali solat di Masjid Al-Azhar.

Posted at 8:25 AM |  by Unknown

6/30/2012

Assalamualaikum WBT.

“ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” Riwayat Al-Hakim

Semua orang di dunia ini pasti memiliki ibu kan? termasuk diri ku sendiri. Hakikatnya, ibulah yang melahirkan kita, mulai dari saat mengandungkan kita selama sembilan bulan sehinggalah melahirkan kita. Tidak terhenti di situ, ibu juga mendidik dan membesarkan kita, dengan cara apa? dengan penuh cinta dan kasih sayang.

Ibu tempat kita bermanja, mencurah kasih dan menabur bakti selama mana ibu kita masih lagi hidup. Selagi mana kita bergelar anak kepada ibu kita, WAJIB bagi kita taat kepada ibu kita,. Bukan semata-mata soal syurga itu di telapak kaki ibu, tapi soalnya lebuh dari itu.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa seorang sahabat telah bertanya Baginda Nabi saw akan kepada siapakah yang lebih utama dia (sahabat itu) berbuat kebaikan?

Baginda mejawab dengan jawapan yang cukup ringkas tetapi jelas – “ibumu”. Maka tanya lagi sahabat tadi, “siapakah selepas itu?” Jawab Baginda lagi, “ibumu”. Tanya lagi sahabat tadi, “siapakah selepas itu?”. Maka jawab Baginda lagi, “ibumu”.

Sahabat itu pun bertanya lagi dengan soalan yang sama, “siapakah selepas itu?”. Maka jawab Baginda, “bapamu”.

"Selagi ibu masih bernyawa, kasihlah ia, sayangilah ia, cintailah ia sepertimana engkau mencintai Allah dan Rasulmu. Saat ibu beransur uzur, jagalah ia, peliharalah ia dan tetap kasih dan cintailah dirinya. Bilamana ibu menutup mata kelak, mandikanlah ia dengan air dari tanganmu, kafankan ia, solatkanlah ia dengan bacaanmu dan kuburkan ia. Saat ibu sudah tiada lagi, ingatlah ia dan berdoalah untuknya selalu. "

Bersinar kau bagai cahaya
Yang selalu beri ku penerangan
Selembut citra kasihmu kan
Selalu ku rasa dalam suka dan duka

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Bagaikan embun kesejukan hati ini
Dengan kasih sayangmu
Betapa kau sangat berarti
Dan bagiku kau takkan pernah terganti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Pengorbananmu sungguh sangat berarti

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Kaulah ibuku cinta kasihku
Terima kasihku takkan pernah terhenti
Kau bagai matahari yang selalu bersinar
Sinari hidupku dengan kehangatanmu
Sinari hidupku dengan kehangatanmu

Ibu oh ibu, saya rindukan Ibu

Posted at 1:58 AM |  by Unknown

6/29/2012

Assalamualaikum WBT.

"Satu sejarah buat DPM Tanta apabila terpatri satu ikatan Perkahwinan Mahasiswa Qiraat Tanta (Ustaz Jamil) dengan seorang gadis pilihan hati warganegara Mesir. setinggi tahniah diucapkan dari kami warga DPM Tanta."

Suatu ketika sewaktu mula-mula sampai di bumi Mesir ini, seringkali terdengar betapa tidak digalakkan mahasiswa/wi berkahwin dengan warganegara Mesir ini. Kata mereka, "kalau nak kahwin dengan orang Mesir, uruslah sendiri. "

Namun, ketentuan JODOH di tangan Tuhan. Tiada siapa mampu menyangka ketentuan jodoh dari Allah SWT. Seperti dua insan istimewa ini, jodoh mereka telah dipertemukan Allah di bumi Mesir. Rami yang tertanya,-tanya, termasuk diri saya sendiri, bagaimana boleh dua insan dari dua benua berbeza dapat bersatu. Namun, teringat akan firman Allah dalam Al-Quran,

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." (al-Furqan : 2) 

Saya kagum melihat pasangan ini. Walaupun mereka bukan berasal dari negara yang sama, namun mereka dipertemukan dan disatukan dengan izin Allah SWT.

Majlis yang diadakan cukup sederhana seperti yang dianjurkan sunnah. Sememangnya, saya juga turut senang melihat majlis perkahwinan yang seba sederhana seperti ini. Alhamdulillah. ;)

Apapun cerita di sebalik dua insan ini, semoga Allah mengurniakan kebahagiaan kepada pasangan ini. Amin.

Perancangan Allah tiada siapa yang akan tahu melainkan hanya Allah SWT. Hari ini, mungkin kita mengimpikan si dia yang selama ini bersama kita untuk menjadi orang penting dalam hidup kita, namun haris diingat, Allah punya perancangan-NYA tersendiri. Apa yang pasti, Allah telah mengaturkan sesuatu yang lebih baik buat diri kita.

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik Perancang” ( Al-Imran : 54 )

Bagi yang belum bertemu jodoh, ayuh banyakkan berdoa agar Allah segera mempertemukan jodoh kita, dan agar jodoh yang Allah tetapkan kepada kita itu adalah yang sebaik-baik dari Allah SWT.  :)

Buat Ustaz Jamil dan isteri,

بارك الله لكما في زواجكما المقبل 

Masih menanti khabar gembira dari dua sang tokoh pengerusi ini pula. InsyaAllah. :)

Jodoh 2 Benua, Ketentuan Allah siapa tahu

Posted at 1:13 AM |  by Unknown

6/28/2012

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba - tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.

"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penuh harap.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor ..?"

"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata. 

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung .. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.

Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.

Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?

Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa,
doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope).

Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu . Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya.

Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah/suci.
Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka.

Dengan terselamatkannya si ibu, InsyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci.

Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat. Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.

Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita.

Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.

1. Meneruskan tidur, atau bangun sholat subuh?
2. Untuk lunch dahulu, atau sholat zohor dahulu?
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dahulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.

Motivasi : Kisah DR.Muslim, "yang lahir itu suci"

Posted at 12:44 AM |  by Unknown

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top