All Stories

6/21/2012

Assalamualaikum WBT.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat baginda.

Maha Suci Allah menciptakan bulan dan bintang di waktu malam, dan meciptakan matahari yang menyinari di waktu siang sebagai tanda kebesaran kerajaan Azza Wa Jalla. Berakhirnya Rejab menandakan bermulanya Sya'ban, bulan yang mulia sebelum datangnya bulan yang amat ditunggu-tunggu, tidak lain bulan Ramadhan Al-Mubarak. 

Bagaimana persiapan sahabat/sahabiah sekelian menjelang tibanya Ramadhan kelak? Sudah cukupkah amal bekalan antum semua? 

Sesungguhnya, Sya'ban yang mendatang ini sudah membuat kita sedar akan ketibaan satu bulan yang amat-amat mulia. Namun sebelum itu, ayuhlah kita menelusuri terlebih dahulu intipati penting dalam bulan Sya'ban yang mulia ini.

Antara amal yang Nabi SAW sering lakukan pada bulan Sya'ban adalah baginda memperbanyakkan ibadah puasa.

Dari Muaz bin Jabir R.A, Nabi SAW bersabda,

"ALLAH memerhatikan kepada makhluk-NYA pada malam Nisfu Sya’ban lalu DIA memberi keampunan kepada semua makhluk-NYA kecuali orang musyrik dan orang yang suka bergaduh." 
( Hadis riwayat Ibn Abu ‘Ashim di dalam Kitab al-Sunnah, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid. )

Malam nisfu sya'ban, satu malam yang Allah akan memberi keampunan kepada semua makhluknya. Malam ini dianggap mulia, Allah akan mengampuni segala dosa makhluknya, melainkan dosa orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang suka bergaduh seperti riwayat hadis di atas.

Maha suci Allah yang maha pengampun lagi maha menerima taubat. Sebanyak mana dosa yang kita lakukan kepada Allah, Allah tetap menjanjikan keampunan kepada kita selaku umatNYA selagi mana kita tidak mensyirikkanNYA.

Persoalannya, 

bilakah pula kita akan berubah setelah rahmat keampunan yang ALLAH telah berikan kepada kita? 

ataukah kita masih tetap ingin menjadi umat yang jahil, bongkak, angkuh, yang tidak tahu erti syukur?

Muhasabah diri semula, renung kembali diri kita masing-masing, dan janalah perubahan walau hanya sedikit, yang penting perubahan yang dilakukan hanya semata-mata kerana Allah SWT. 

Semoga Allah pertemukan kita dengan bulan Ramadhan, yang Allah janjikan pahala amalan yang begitu besar sekali.

Selamat beramal di bulan Sya'ban. 

Kasih Sya'ban, muhabah diri kita bersama

Posted at 1:36 AM |  by Unknown

6/17/2012

Assalamualaikum WBT.

Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum kerabat baginda.

27 Rejab merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam. Hari berlakunya peristiwa Israk & Mikraj yang dianggap amat luar biasa oleh umat Manusia, tentang bagaimana Nabi Muhammad SAW diisra'kan oleh Jibril menemui Allah dari  Makkah ke Bayt Al-Maqdis, kemudian naik ke Sidrat Al-Muntaha dan bertemu Allah SWT untuk menerima satu wahyu yang cukup besar dari Allah SWT.

Tahun berlangsungnya Isra' baginda SAW ( Tahun kesepuluh kenabian Nabi Muhammad SAW ) dikenali juga sebagai tahun KESEDIHAN, kerana beberapa peristiwa besar yang menimpa baginda ketika itu, antaranya ialah kewafatan bapa saudara baginda, Abu Talib, diikuti kewafatan isteri tercinta baginda, Saidatina Khadijah binti Khuwailid, dan juga penderaan puak Kuffar yang semakin memuncak terhadap baginda.

Pada malam peristiwa Isra' , baginda telah didatangi Buraq, seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadis :

Dari Anas bin Malik r.a., Katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

" Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. 

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. 

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. 

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. 

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. 

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda. 

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu. 

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. 
(HR Muslim)

Hadis di atas menceritakan tentang bagaimana Nabi Muhammad SAW diisra'kan oleh Allah SWT, membuktikan akan kebesaran kerajaan Allah SWT, sekaligus perintah Solat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara terus tanpa melalui malaikat Jibril, membuktikan ketinggian darjat amal SOLAT itu. 

Daripada jumlah 50 waktu sehari semalam, Nabi meminta Allah SWT untuk memberi keringanan kepada umatnya, kerana bimbangkan umatnya tidak mampu melaksanakan 50 waktu sehari semalam, sehinggalah Allah SWT memerintahkan hanya 5 waktu sehari semalam. Namun, hari ini nyatalah kebimbangan Nabi itu.

Masih ramai umat ISLAM hari ini yang masih tidak mampu melaksanakannya meskipun hanya 5 waktu sehari semalam. 

Wahai saudara seakidahku, Sedarkah kita? Hakikat kita hidup di dunia ini sebagai Hamba kepada Allah Azza Wa Jalla? Lupakah akan janji kita kepada Allah saat roh kita Allah tiupkan kedalam jasad tubuh kita? Tidak kah pernah kita berasa malu kepada baginda? juga kepada Allah kelak? Bagaimana jikalau di akhirat nanti Allah bertanyakan tentang amal SOLAT kita di dunia? apa jawapan yang bakal kita berikan kepada-NYA?

Ingatlah, amal pertama yang akan dihitung di akhirat kelak, ialah amal SOLAT kita. Andai baik amal SOLAT kita, maka baiklah amal yang lain. Andai buruk amal SOLAT kita, buruklah amal yang lain.

Sebagaimana di dalam hadis Nabi Muhammad SAW, 

“Sesungguhnya perkara pertama yang dihisab/ditanya/dihitung terhadap seorang hamba pada hari Kiamat dari amal perbuatannya ialah Solatnya. Jika Solatnya baik, maka sungguh beruntung dan berjayalah dia dan jika Solatnya buruk/rosak, maka kecewa dan rugilah dia”. 
(Riwayat An-Nasa’i dan At-Tirmizi)

PERIHALAH SOLATMU, ALLAH AKAN MENYELAMATKANMU DARI API NERAKA.

Isra' Mikraj, perintah SOLAT dari Allah SWT

Posted at 6:43 AM |  by Unknown

6/15/2012

Assalamualaikum WBT.

Melalui kehidupan sehari-hari, banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Cabaran pula tidak hanya datang dalam bentuk fizikal. Tetapi juga menyerang dalam bentuk rohani dan mental.

Dunia ini sememangnya medan ujian. Allah ingin melihat, siapakah hamba-Nya yang benar-benar terbaik dalam kehidupannya terhadap Allah SWT.

Ujian-ujian ini kadangkala buat kita lemah. Lemah hingga kadangkala kita tersungkur. Rasa tiada harapan. Kita dapat rasakan betapa kita memerlukan kekuatan. Telah kita cari tetapi masih tidak mampu berada dalam gapaian.

Diasak sebegini, adakah kita pernah menangis memohon pertolongan?

Dengan keadaan yang tidak pasti ke syurga, pernahkah kita menangis risaukan kedasyatan neraka?

Dengan tidak mengetahui bila saat kematian, pernahkah kita menangis jika tidak sempat bertaubat?

Dengan tidak mampu mengikuti kehidupan Rasulullah, pernah kita kita menangis malu?

Pernahkah air mata kita, menitis kerana-Nya?

Siapa menangis kerana-Nya, dia terselamat.

Allah SWT amat memahami keadaan manusia. Allah tahu betapa manusia ini mudah pecah dan lemah bila diasak dengan ujian. Sebab itu, terlalu banyak hakikatnya talian hayat untuk insan yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Antaranya adalah tangisan.

Kekuatan tangisan yang ikhlas kerana Allah SWT, hingga mampu mengheret kita untuk berada di bawah naungan-Nya, pada hari tiada naungan selain naungan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang akan diaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah: 1) Pemimpin yang adil, 2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah, 3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid, 4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya, 5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah, 6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui, 7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Siapakah yang menitiskan air matanya, kerana Allah SWT?

Menyesali dosa-dosanya?

Malu terhadap keadaan dirinya yang ingkar dan penuh maksiat?

Mereka itu menangis

Kisah 1: Satu hari, semasa masih kecil, Umar Abdul Aziz pernah menangis teresak-esak secara tiba-tiba sehingga membuatkan ibunya risau. Lantas ibunya bertanya:

“Wahai Umar, atas sebab apakah engkau menangis?”

Umar Abdul Aziz menjawab: “Wahai ibu, sesungguhnya aku teringatkan maut” Dan dia terus menangis teresak-esak.

Mendengar jawapan itu, si ibu gementar dan turut menangis bersama.

Kisah 2: Satu hari, Hanzalah RA menangis teresak-esak. Dia menangis dengan kuat sekali sambil berjalan hendak bertemu Rasulullah SAW.

Di tengah perjalanan, dia bertemu dengan Abu Bakr RA. Abu Bakr bertanya: “Wahai Hanzalah, apakah yang telah terjadi pada kamu?”

Hanzalah menjawab: “Wahai Abu Bakr, sesungguhnya Hanzalah telah munafik”

“MasyaAllah, kenapa kau katakan sedemikian?”

“Ketika kita bersama dengan Rasulullah SAW, kita terasa seakan-akan syurga dan neraka berada di hadapan kita. Tetapi apabila kita pulang kepada keluarga kita, kita lupa akan semua itu”

Abu Bakar RA yang mendengar bicara Hanzalah, lantas menangis dengan kuat juga. “Abu Bakr juga telah munafik!”

Lantas kedua-dua orang ini bergerak bertemu Rasulullah SAW dalam keadaan mereka menangis teresak-esak. Mereka menangis kerana mereka tidak mampu menerima ‘kemunafikan’ mereka. Mereka terasa seakan berpura-pura. Lantas mereka ketakutan andai Allah tidak menerima mereka.

Bila sampai di hadapan Rasulullah dan mereka ceritakan apa yang mereka rasa, Rasulullah SAW bersabda: “Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sekiranya kamu tetap dalam keadaanmu seperti mana ketika kamu berada di hadapanku dan sentiasa mengingatinya, nescaya malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di tepi jalan”

Kisah 3: Pada satu hari, Rasulullah SAW pergi berjumpa dengan Abdullah ibn Mas’ud RA, dan memintanya untuk membacakan Al-Quran dan Rasulullah SAW ingin mendengarnya. Abdullah ibn Mas’ud RA terkejut, lantas berkata:

“Ya Rasulullah, kau hendak aku bacakan Al-Quran kepada kau? Sesungguhnya kau lebih mulia daripadaku, mendengar Al-Quran terus daripada Jibril yang datangnya daripada Allah. Apakah pantas aku membacakannya untuk kau?”

Rasulullah SAW menjawab: “Aku suka mendengarnya dari selainku”

Lantas Abdullah Ibn Mas’ud RA membaca Surah An-Nisa’ hingga tiba pada satu ayat, Rasulullah SAW bersabda: “Cukup”

Abdullah Ibn Mas’ud RA berhenti, kemudian dia melihat Rasulullah SAW yang sedang menunduk. Apabila Rasulullah SAW mengangkat wajahnya, Abdullah Ibn Mas’ud RA meriwayatkan: “Aku melihat kedua matanya basah dengan air mata”

Kisah 4: Abdullah Ibn Rawahah RA, apabila melihat Ja’far Ibn Abi Talib gugur di medan Mu’tah, dia bergerak menggantikan sahabatnya itu. Dalam langkahannya, dia menangis. Sehingga ada yang bertanya:

“Apakah kau takut akan kematian? Kenapa kau menangis?”

“Tidak, aku tidak takut akan kematian. Aku hanya teringat dengan firman Allah SWT:

“Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya(neraka); (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.” Surah Maryam ayat 71-72.

“Aku tidak tahu aku akan sampai ke mana selepas aku mati nanti”

Menangis melembutkan jiwa

Bila kita menangis, hati kita akan basah. Automatik, jiwa akan terbelai dengan kelembutan yang tidak akan kita jumpa di dalam televisyen, di dalam drama-drama hindustan, dalam sajak-sajak sastera, dalam novel-novel cinta.

Hati akan terlentur, ego akan menunduk.

Ketika inilah perasaan kehambaan akan menggunung.

Terasa kerdil dan tidak bermaya. Terasa kecil tidak berkuasa. Kepada Allah kita tumpahkan segala tangisan. Mengadu kepada-Nya, merayu kepada-Nya, menyatakan betapa menyesalnya kita, memberitahu betapa sukarnya kita hendak melepasi ujian-Nya, meminta belas kasihan-Nya, merayu.

Tetapi siapakah antara kita yang menangis kerana-Nya?

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang mulia dan dijamin syurga juga menangis. Rasulullah SAW yang telah diampunkan dosanya sebelum dan selepas juga menangis. Umar bin Abdul Aziz, satu susuk peribadi mulia dalam sejarah manusia juga menangis. Menangis kerana Allah. Menangis mengingati maut. Menangis membaca Al-Quran.

Kita?

Penutup: Menangislah. Sebelum air mata kita tidak berguna

Air mata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka, menangis air mata darah sekalipun tidak akan mengembalikan kita ke dunia untuk beramal semula.

Di dunia jugalah kita hendak membanjiri jiwa kita dengan tangisan untuk melenturkannya.

Menangislah, jangan sesekali kita ego untuk menitiskan air mata.

Kita hamba berdosa, tidakkah kita terasa hina?

Kita mampu menangis pedih kerana putus cinta, gagal dalam ujian, permintaan tidak dipenuhi dan sebagainya. Kenapa kita tidak mampu menangis atas perkara yang bersangkutan dengan kematian kita, syurga neraka kita, dan Tuhan kita?

Abu Bakar RA pernah berkata: “Menangislah. Jika tidak mampu, maka buat-buatlah menangis”

Pernahkah anda menangis ikhlas kerana-Nya?

Sesungguhnya kita masih punya masa.

Sebelum mata tidak mengeluarkan airnya semula.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Menangis kerana takutkan Allah SWT

Posted at 3:13 AM |  by Unknown

5/24/2012

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Al-Imran : 169)

Titisan darah itu
Menitik jatuh dari tubuh para syuhadah
Menjadi titisan darah keagungan
Lambang suatu perjuangan menentang kezaliman

Titisan darah itu
Meskipun mengalir membasahi bumi
Hingga menjadi seluas lautan merah
Namun perjuangan masih tetap perlu diteruskan

Titisan darah itu
Tidak pernah berhenti melaungkan kalimat Allah
Yakin akan pertolongan yang akan datang dari Azza Wajalla
Meski mereka tidak pernah tahu kapan tibanya pertolongan itu

Titisan darah itu
Tidak akan pernah berhenti
Meski kudrat sudah tidak berdaya lagi
Meski tubuh lemah tiada bertenaga
dan Meski tulang-temulang hancur,
Namun Bibir tetap saja tidak berhenti melafaskan laungan takbir

Titisan darah itu,
Tidak akan pernah kering
Selagi kemenangan masih belum dimiliki
Selagi KEBEBASAN masih dirantai KEZALIMAN

Titisan darah itu
Lambang ketinggian darjat syuhadah
Demi membebaskan tanah air bumi tercinta
Dari CENGKAMAN KEZALIMAN SANG LAKNATULLAH

Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))

Puisi : Titisan Darah Syuhadah SYIRIA

Posted at 12:00 PM |  by Unknown

5/23/2012

Assalamualaikum WBT.

Berikut saya nak kongsikan sebab kenapa ramai pelajar dari Malaysia bertandang ke bumi anbia, Mesir untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

1. Kouta untuk bidang perubatan di Malaysia terlalu sedikit
Sepertimana yang kita semua maklum, kuota bagi pelajar perubatan di Malaysia sangat terhad sedangkan lepasan SPM/A -Level/ Program Matrikulasi yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 adalah tersangat ramai. Pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang sebegini rata-ratanya memang ingin mengambil jurusan perubatan di institusi awam di Malaysia. Namun, mereka gagal mendapat tempat dan akhirnya memilih Mesir sebagai destinasi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.

2. Universiti Mesir diiktiraf JPA/MARA
Salah satu keistimewaan fakulti perubatan universiti-universiti Mesir ini adalah ianya diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mahupun Majlis Amanah Rakyat ( MARA ). Hampir saban tahun, JPA dan MARA akan menghantar sebilangan pelajar Malaysia ke universiti Mesir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. Oleh itu, terbuktilah negara Mesir merupakan salah satu negara yang amat baik dalam bidang perubatan.

3. Kos pengajian di Mesir jauh lebih murah 
Kalau nak dibandingkan dengan kos mengambil jurusan perubatan di institusi swasta dalam negara, mahupun negara luar selain Mesi, ternyata memang Mesir jauh lebih murah kos pengajian perubatannya. Sebagai contoh, kos pengajian keseluruhan termasuk kos sara hidup selama 6 tahun di Mesir hanya memakan belanja kurang dari RM250,000 bagi seorang pelajar, manakala kos pengajian perubatan keseluruhan dengan TIDAK termasuk kos sara hidup di Malaysia sahaja berjumlah RM300,000 bagi seorang pelajar.

4. Sistem Pembelajaran jauh lebih baik 
Apa yang dimaksudkan dengan penyataan di atas bukanlah perbandingan dengan IPTA/IPTS di Malaysia, tetapi ianya dimaksudkan dengan perbandingan dengan negara Rusia. Kos pengajian perubatan di Rusia berjumlah RM200.000 tidak termasuk sara hidup ( sumber dari sahabat di Rusia ), namun sistem pembelajaran di sana agak ketinggalan berbanding Mesir. Contohnya, pelajar perubatan di Mesir kini menggunakan sistem e-learning sedangkan pelajar perubatan di Rusia masih menggunakan papan hitam.

5. Impian sejak kecil
Bercakap tentang impian, rasanya semua sudah arif mengenai apa yang dimaksudkan dengan impian. Sejak dari kecil, kita sering didedahkan dengan pekerjaan mulia ini sehinggalah tersemat impian untuk menjadi seorang pengamal perubatan. Oleh itu, kita pun belajar bersungguh-sungguh demi untuk mengejar impian dan cita-cita untuk memasuki bidang perubatan.

6. Ingin menjadi doktor Muslim
Bidang tugas seorang doktor bukan sahaja untuk merawat pesakit semata-mata, tetapi jauh lebih dari itu. Kini, zaman ini, doktor juga memegang peranan yang amat besar, khusunya dalam penyebaran dakwah. Sebagai analogi mudah, kalau pesakit berjumpa seorang dokter untuk melakukan pemeriksaan, pesakit tersebut akan mengikut segala perintah yang diarahkan dokter kepada beliau, dalam erti kata lain, pesakit mempercayai dokter jauh lebih pesakit mempercayai didinya sendiri. Lihat dan nilai sejauh mana besarnya pengaruh seorang doktor kepada pesakit. Inilah sebabnya mengapa perlunya doktor Muslim. Kita mungkin sudah mempunyai ramai tenaga doktor, namun, adakah kita memunyai bilangan tenagan doktor Muslim yang mencukupi?

7. Mendalami Ilmu agama
Mesir adalah bumi anbia, bumi para nabi. Di sinilah juga bermulanya penyebaran agama Islam suatu ketika dahulu. Selain tamadun Mesir Purbaa yang banyak meninggalkan kesan sejarah, Mesir juga adalah tempat di mana Islam bertapak dan berdiri kukuh sehingga ke hari ini. Oleh itu, amatlah rugi jika kunjungan ke Mesir tidak disertai dengan niat untuk mendalami Ilmu agama di sini. Terdapat ramai syeikh dan ulama Mesir yang boleh dijadikan tempat sandaran untuk mendapat ilmu agama daripada mereka. Ingatlah, Ilmu dunia hanya dapat membimbing kita di dunia, namun Ilmu agama akan membimbing kita di dunia dan akhirat.

Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya dan diri pembaca. Wallahu'alam.

Tips : 7 sebab kenapa mahu study MEDIC di Mesir?

Posted at 2:45 PM |  by Unknown

5/02/2012

Assalamualaikum WBT.

Saya cuma ingin berkongsi sedikit komen yang dilontarkan DR. Azzad kepada Aku.

Kalau berusaha pasti saja boleh!

Saya teringat suatu ketika dulu bila m.cik aku tanya aku aku nak sambung bidang mana selepas habis SPM, sedang aku mau menjawab, abang sedara aku dah tolong jawabkan.

" Sambung di Rusia. Jadi DR. la kan mat? "

tu boleh lagi saya tahan. tapi yang ni....

" Budak MRSM hebat-hebat kan? Apa lagi mat, aim MEDIC la terus. "

dalam hatiku, " Hebat la sangat. " belajar kat dalam MRSM tu pun saya dah tercungap-cungap, ni nak ambil MEDIC? tobat3x.....

------------------------------------------

Kini, saya berada di sebuah Sekolah Perubatan Timur Tengah, yang tidak pernah saya impikan.

Berbekalkan harapan seluruh keluarga dan sahabat-sahabatku, saya hanya menanam azam untuk membantu agama, bangsa dan masyarakat negeri ku, Sabah sepulangnya saya di tanah air. 

Andai ditakdirkan menjadi seorang DR, maka dapatlah saya mencurahkan bakti.

Semoga jalan yang sangat-sangat panjang ini dapat ku tempuhi dan ku telusuri... Amin.

Doa yang baik selalu 'MAKBUL'

Posted at 8:46 PM |  by Unknown

5/01/2012

Assalamualaikum WBT.

Pada 30 April 2012, pihak pengurusan universiti saya telah mengaturkan satu program rehlah khas untuk pelajar-pelajar tahun 1 perubatan. Pada rehlah kali ini, kami ditawarkan ke taman tema istimewa iaitu Dreampark yang terletak di Kaherah. Program rehlah ini diadakan khas sempena Final Examination yang dijaualkan akan berlangsung pada 02 Mei 2012.

Ukhuwah itu terasa indah seindah pelangi,
andai dijalinkan kerana Allah SWT

"Tak rasa pelik ke? exam dah dekat, tapi sempat pula pihak universiti saya ni suruh budak-budak medic diorang enjoy. Apa x takut ke kalau student x study nanti?"

Laa... Sebenarnya, rehlah ni diadakan untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar sempena peperiksaan akhir yang hampir tiba ni, di samping ada beberapa objektid dan tujuan lain di sebalik program ni.

Seperti yang tercatat dalam tentatif, iaitu bermula 7.30 pagi, rombongan kami telah pun berkumpul di hadapan fakulti perubatan menanti bas yang akan membawa kami. But, at last, pukul 9 juga baru kami mula bertolak dari Tanta. Saya ingatkan, janji melayu paling teruk, rupanya janji arab lagi lebih "terbaekk."

Perjalanan ke Kaherah mengambil masa lebih kurang dua setengah jam dan akhirnya kami selamat tiba di Dreampark lebih kurang pukul 11.30 pagi. Ketika turun dari bas, memang terasa bahang matahari yang panas semacam, & selepas urusan mendapatkan tiket percuma dari musyrif khas program kitorang, kami dibenarkan masuk ke dalam tempat tu dengan pelepasan untuk berada kat dalam park tu sehingga pukul 3.00 petang.

" Jom main tu? Jom main ni? Jom main itu ini. " hahaha... Rasa nak main semua benda je dalam tu.

Kalau korang nak tahu, Dreampark ni merupakan taman tema "TERBESAR" di benua Afrika ni. So, boleh la bayangkan betapa besar dan luasnya tempat ni. Dreampark ini dibina di atas padang pasir yang sangat luas. Lokasinya juga agak jauh dari bandar utama Kaherah.

Memang lama lah main dalam tu. Tapi sayangnya saya hanya sempat naik dua permainan ekstreme ja termasukla roller coaster! ( Impian memang nak naik roller coaster ni sejak kecik lagi. ) Sebab lepas naik dua benda alah tu... nah! mula dah rasa nak pitam dan loya nak muntah.

Tapi, rugi jugakla actually bila pergi tapi just main dua permainan ekstrem jerrr, tak macho sungguh. >.<

Actually banyak benda aku main, tapi semua permainan under 18. Malu nak citer...

Rasa macam berada kat overseas je

Dalam pukul 4.30, kitorg kemudian bertolak menuju ARABIA MALL, Mall yang saaaaaaaangat besar! Sebelum ni Mall paling besar yang saya pernah masuk kalau di Malaysia pun cuma setakal Mid Valley jerr.

Sambil-sambil dalam perjalanan ke Arabia Mall tu, kami disajikan dengan makanan Seafood dari Mo'men. Alhamdulillah rezeki dapat makan free. Sedap! Tapi waktu dalam bas tu, saya x lah makan seafood yang saya dapat time tu. Simpan sebagai bekalan, sebab masih kenyang lagi masa tu, kot. ;D

Setibanya di Arabia Mall, pupil mata membesar sebesar-besarnya melihat angka [24].

" Ada 24 pintu?! Biar betol?!!!!! "

Kalau nak tahu? ARABIA MALL ada sebanyak 24 pintu yang mengelilingi pusat membeli belah yang sangat besar ni. Sebabnya, Mall ni x dibina bertingkat, so, bayangkanlah betapa makan spacenya (besar sangat!) Mall ni. Saya yang jalan dalam mall besar ni pun, dapat cover just separuh kawasan jerr, n even dapat jalan half of the mall only, tapi rasa hampir tercabut kaki ne.

Solat itu penghubung antara kita dengan Sang Pencipta,
Maka Tunaikanlah Solat walau di mana kita berada.

Actually, mall ni sama sahaja seperti City Star dekat Kaherah, tempat yang palin famous dekat Kaherah, dan barang semua barang yang branded and mahal, so, duit pun dah banyak habis derman kat Dreampark tadi, hanya makanan sahajalah yang mampu di beli. Tapi, Alhamdulillah dapat makan sampai kenyang sangat! By 8PM, kami bertolak balik ke Tanta.

----------------------------------------------------------

Satu pengalaman yang bagi saya amat menyeronokkan.

Ukhuwah pun dapat dieratkan sesama pelajar tahun 1. Selama ni kitorg sesama tahun sendiri pun ada yang masih x kenal antara satu sama lain.

So, anda janganlah lepaskan peluang kalau universiti anda buat program-program sebegini. Rugi tau x join aktiviti sebegini. Memanglah kalau tengok secara kasarnya, pergi enjoy tu xde faedah kan? Tapi, try to think it at +ve side, everything InsyaAllah will be fine.

Jangan fikir benda ni memudaratkan, tapi fikir benda ni ada sesuatu yang ada hikmah tersirat di sebaliknya, baru akan rasa something yang bermakna dalam kehidupan anda. Study-study juga, tapi tiada salahnya keluar sekali sekala untuk melepaskan kepenatan study, kan?

Kalau pergi program-program camni, x semestinya anda x'kan dapat jawab Exam nanti kan? Hakikatnya, itu semua urusan Allah.

Sestruggle mana pun korang belajar, semuanya tetap terletak di tangan Allah. Bukan Ana nak cakap usaha tu x menjamin apa-apa, tapi setidak-tidaknya, hiduplah sebagai manusia, bukan sebagai hamba exam lol!

Rehlah gamaah 1st Year, Dreampark maree!

Posted at 2:03 AM |  by Unknown

1st Year

1st Year

2nd year

2nd year
Missing in action
© 2013 Mohdjeffreyismail. WP Theme-junkie converted by Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top